Parti pembangkang tak ikhlas nak kerjasama, kata PSM


(FMT) – Ahli Jawatankuasa Pusat PSM berkata PKR, DAP dan PAS sesama sendiri yang membunuh Pakatan Rakyat, bukannya perdana menteri.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkata parti pembangkang di negara ini tidak ada keikhlasan dalam membina ikatan dan menjalin kerjasama untuk menjadi satu gabungan pakatan yang kuat.

Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S. Arutchelvan berkata akibat tiadanya rasa ikhlas itu, masalah perebutan kerusi dalam kalangan parti pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terjadi.

“Tidak ada keikhlasan untuk parti pembangkang membina ikatan dan menjadi pembangkang yang kuat, bukan untuk pilihan raya saja tetapi mentadbir negara.

“Dulu kita sebenarnya sangat pro pembangkang. Sekarang kita kecewa, kerana siapa sebenarnya yang bunuh Pakatan Rakyat? Mereka yang bunuh sesama sendiri, bukannya Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada FMT.

Arutchelvan berkata dalam situasi sekarang PSM menjangkakan pertembungan 3 penjuru akan terjadi, dengan DAP dan PKR terpaksa memberikan kerusi milik mereka kepada Amanah dan PPBM.

“Sangat jelas sekarang ini, PAS tidak akan benarkan mana-mana kerusi mereka ditandingi Amanah. Maknanya sekarang timbul persoalan Amanah hendak bertanding di mana.

“Semua orang suruh DAP berikan tempat kepada Amanah. PKR juga kena berikan kerusi kepada PPBM untuk bertanding. Saya fikir, masalah pada pilihan raya kali ini diwujudkan mereka sendiri,” katanya.

Read more here



Comments
Loading...