Enam ‘gay moment’ dalam filem Beauty and The Beast


Harris Nasril

Pada Khamis lepas, saya berpeluang menonton Filem Beauty and The Beast di pawagam Times Cineplex, Brunei. Ramai rakan bertanyakan kepada saya apakah adegan-adegan ‘gay moment’ yang terdapat dalam filem tersebut. Mujurlah, di sini tiada mana-mana adegan yang dipotong, jadi saya tuliskan setakat yang saya ingat.
1. Terdapat perubahan lirik pada lagu Gaston yang ditulis oleh mendiang Howard Ashman (yang juga merupakan seorang Gay) di mana maksudnya tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Howard Ashman meninggal dunia oleh penyakit AIDS 8 bulan sebelum Beauty and The Beast 1991 ditayangkan.
Berikut merupakan tambahan lirik tersebut:
“When I hunt, I sneak up with my quiver /
And beasts of the field say a prayer /
First, I carefully aim for the liver /
Then I shoot from behind /
Is that fair? /
I don’t care.”
Composer untuk filem tersebut, Alan Menken mengakui lirik tersebut tidak diletakkan pada filem animasi klasik 1991
kerana “they were just too edgy and adult”, tetapi pengarah untuk filem BNTB versi terbaru 2017, Bill Condon bersetuju untuk meletakkannya kembali.
2. Ketika Lefou (watak gay) menyanyikan lagu Gaston, beliau menarik tangan Gaston dan memelukkannya ke badan beliau dari belakang untuk menunjukkan betapa beliau begitu menyayangi Gaston kemudian bertanya kepada Gaston “too much is it?”. Gaston menjawab “ya” .
3. Lefou juga menunjukkan terdapat kesan gigitan di perutnya ketika menyanyikan lirik “no one bites like Gaston” (tiada orang menggigit seperti Gaston). Apakah ia ‘love bite’?
4. Sebaik sahaja lagu Gaston berakhir, Gaston bertanya kepada Lefou, mengapakah tiada wanita tertarik kepada beliau. Lefou menjawab kerana dia seorang yang suka melekat (clingy). Ini merujuk kepada perwatakan beliau yang suka melekat dengan Gaston.
5. Ketika babak serangan orang kampung di istana Beast, Lefou berpaling tadah, lalu pengikut Beast menyatakan kepada Lefou “you are too good for him”, yang memberi maksud Gaston bukanlah pasangan yang sesuai untuk Lefou.
6. Ketika babak akhir, tarian di ballroom, Lefou bertukar pasangan menari dari wanita kepada lelaki yang berperwatakan seperti gay juga.
LPF menyatakan bahawa mereka meluluskan tayangan filem ini dengan potongan 4.5 minit. Saya berpendapat, kebanyakannya adalah dari babak lagu Gaston di mana lagu tersebut menunjukkan betapa Lefou mencintai Gaston.
Adakah saya akan benarkan anak saya menonton filem ini? Iya sebab ada banyak nilai-nilai murni lain dalam filem ini dan jika mereka bertanyakan kepada saya mengenai watak Lefou, saya akan terangkan perkara berikut:
“Lefou merupakan seorang watak yang jahat dan bermuka-muka. Dia sanggup menipu dan berpaling tadah cuma kerana dia menyayangi Gaston. Ingat tak ketika Maurice (Ayah Belle) dibicarakan mengenai perbuatan jahat Gaston yang mengikat dia di pokok supaya dimakan serigala? Maurice bertanya kepada Lefou sebagai saksi, tetapi oleh kerana di’goda’ oleh Gaston, Lefou sanggup menipu dan memihak kepada Gaston.
Bila di istana, ketika orang kampung hampir kalah, boleh pula dia berpihak kepada pengikut Beast. Tidak cukup dengan itu, bila Gaston sudah mati, bersungguh-sungguh pula dia berpasangan dengan lelaki lain dengan begitu cepat sekali!”


Comments
Loading...