PKR masih bincang dengan Pas


(Sinar Online) – PKR masih berusaha mengadakan rundingan dengan Pas untuk memastikan pertembungan satu lawan satu dengan BN menjadi kenyataan.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, sehingga hari ini, perbincangan antara partinya dengan Pas menunjukkan tanda-tanda positif, yang memungkinkan tidak berlakunya pertandingan banyak penjuru pada PRU14.

“PKR telah mengadakan banyak rundingan dengan Pas dan telah mencapai beberapa persetujuan bersama, antaranya Pas bersetuju membantu PKR mempertahankan kuasa pemerintahan di Selangor, sementara PKR berjanji akan membantu Pas di Kelantan,” kata Tian Chua kepada China Press.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook bahawa Pas didakwa menjadi punca parti-parti pembangkang berpecah sehingga mewujudkan pertembungan banyak penjuru pada PRU14.

Menurut Siew Fook, Pas telah memecah-belahkan gabungan parti pembangkang dan sudah tentu tidak dapat mengelak daripada menghadapi pertandingan lebih sukar dengan BN pada PRU14.

 



Comments
Loading...