Bekas pegawai khas politik­nya, Haris Che Mat berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu perlu memberi penjelasan mengenai kekayaan yang dimiliki kepada orang ramai.

“Saya serta orang ramai sangat ingin tahu sama ada beliau menjadi kaya raya atas usaha sendiri atau sebaliknya. Ini kerana setahu saya, beliau bukan daripada keturunan hartawan.

“Saya mahu Mukhriz isytiharkan bagaimana beliau dan abang-abangnya sebagai bekas anak Perdana Menteri boleh menjadi jutawan dalam masa singkat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Haris, dia menyerahkan kepada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu untuk menetapkan tarikh dan masa bagi membolehkan majlis debat tersebut diadakan sebelum Ramadan di kawasan Jerlun, Kubang Pasu. –