Harapkan tsunami politik Islam, PAS atur strategi tawan Selangor


(MMO) – PAS meletakkan sasaran calon di setiap kawasan yang mempunyai 40 peratus pengundi Islam dalam strategi menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Parti Islam itu mengambil kira saingan tiga penjuru termasuk kawasan ditandingi MCA dan DAP sekiranya mereka terus menolak RUU 355, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS.

“Di Selangor tidak seperti negeri lingkaran (pengundi) Melayu, walaupun Menteri besar selangor, Datuk Seri Azmin Ali menyindir, strategi Pas sasarkan bertanding di kerusi berpotensi, di mana pengundi Islam 40 peratus ke atas.

“Contohnya, Dun Sungai pelek, Parlimen Sepang, di situ DAP lawan MCA, sebenarnya pengundi Melayu ramai, sekiranya parti itu terus tolak RUU 355, kita akan letak calon,” kata Dr Zuhdi Marzuki seperti dilapor Sinar Harian.

Azmin Ali sebelum ini menyindir seorang pemimpin PAS yang digelarnya ‘tok lebai’ bercita-cita hendak menawan Selangor.

Kenyataan dibuat selepas Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz, yang kalah pemilihan timbalan Yang Dipertua PAS Kawasana Pengkalan Chepa, mensasarkan lima negeri untuk ditawan termasuk Selangor.

“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur,” kata Azmin di laman Twitternya.

Zuhdi berkata PAS masih mengharapkan tsunami politik Islam dan mengharapkan sokongan undi NGO Cina, NGO Islam dan tokoh agama.



Comments
Loading...