CAMPURTANGAN FATWA PENANG (SIRI 2): di mana salah laku kerajaan DAP Pulau Pinang?


DARI SUDUT LAIN

Dalam siri yang lepas, kita telah menyatakan bahawa urusan fatwa adalah terletak di bawah kuasa Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 dalam Tatacara Penggubalan Fatwa Seksyen 48, pihak Jawatankuasa Fatwa melalui muftinya perlu membawa syor fatwa yang telah diputuskan terus ke SPB YDP Agong bagi mendapatkan perkenan. Fatwa tersebut tidak perlu melalui kerajaan negeri terlebih dahulu. Selepas mendapat perkenan SPB YDP Agong, Jawatankuasa Fatwa hanya perlu membawa kepada Kerajaan Negeri sebagai makluman sahaja, untuk diwartakan

Apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang adalah sebaliknya. Mengikut dakwaan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Saudara Afnan Hamimi Taib Azamuden, kerajaan Pulau Pinang telah bertindak mencampuri urusan fatwa Pulau Pinang. Perkara ini berlaku apabila kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan pekeliling mengarahkan semua jabatan mesti mendapatkan kelulusan mesyuarat Exco terlebih dulu sebelum membawa ke peringkat yang lebih tinggi termasuklah membawa sebarang fatwa untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/kerajaan-dap-digesa-tarik-balik-pekeliling-fatwa-1.448998#ixzz4bvRN7crG

Tambah beliau lagi, sehingga kini terdapat empat fatwa yang masih tergantung kerana belum mendapat kelulusan daripada mesyuarat exco. Fatwa-fatwa tersebut ialah mengenai:

1. Pertandingan Ratu Cantik

2. Pengurusan Tanah Negeri

3. Pengurusan Tanah Wakaf

4. Hukum Shisha

http://www.penangkini.com/2017/03/ketahui-apa-empat-fatwa-yang-dihalang.html

Selain itu bekas mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ketika masih dalam perkhidmatan, apabila pekeliling dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri, beliau menghantar surat memohon agar Jabatan Mufti dikecualikan kerana selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 di mana mufti boleh secara terus membawa usul fatwa kepada Agong.

Pekeliling tersebut dikeluarkan sejurus selepas Jabatan Mufti mengeluarkan fatwa berhubung penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam. Namun tidak berapa lama selepas fatwa itu dikeluarkan dan teguran terhadap pekeliling itu dibuat, beliau tidak lagi disambung kontrak sebagai mufti oleh kerajaan Pulau Pinang lalu digantikan dengan mufti sekarang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/06/isu-fatwa-bekas-mufti-akui-tegur-kerajaan-pulau-pinang/

Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, Datuk Md Salleh Ahmad turut mengakui bahawa wujud campurtangan Kerajaan Pulau Pinang melalui Exco Agamanya, Datuk Abdul Malik Kassim yang mengarahkan agar semua fatwa mesti melalui kelulusan mesyuarat exco terlebih dahulu. Beliau juga menyokong kenyataan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang berkenaan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, Datuk Abdul Malik Kassim menafikan perkara berkenaan dan menyifatkannnya sebagai fitnah.

PAS Pulau Pinang kemudiannya mencabar Datuk Malik Abdul Kassim mengambil tindakan undang-undang sekiranya benar dakwaan daripada beberapa individu berkenaan campurtangan ini adalah fitnah. Namun sehingga kini perkara itu tidak berlaku. Ketua Pemuda Pulau Pinang pula telah membuat laporan polis terhadap kerajaan Pulau Pinang atas dakwaan melanggari prosedur undang-undang negeri.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/08/jawatankuasa-fatwa-pulau-pinang-akui-wujud-campur-tangan-politik/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/02/isu-fatwa-pas-pulau-pinang-cabar-kerajaan-negeri-saman/

http://www.bharian.com.my/node/252788

 



Comments
Loading...