ICR dan kejayaan Malaysia


DARI SUDUT LAIN

International Conference on Rohingya (ICR) sudah melabuhkan tirainya. Persidangan anjuran bersama Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Yayasan Amal Malaysia (YAM), sebuah NGO dari parti PAS itu telah mencapai 14 resolusi untuk dijayakan oleh semua pihak yang bertanggungjawab.

Sebagaimana yang dinyatakan oleh pihak penganjur, Objektif penganjuran program ini tertumpu kepada dua perkara, yang pertama untuk menganalisa impak isu pelarian Rohingya terhadap geopolitik dunia dan kedua mencadangkan penyelesaian strategik jangka panjang dan jangka pendek kepada permasalahan pelarian Rohingya. Dari pembentangan kertas-kertas kerja yang dilakukan sepanjang 3 hari program berlangsung, nampaknya ia berjaya mencapai objektif.

https://www.facebook.com/ICRohingya/posts/1312886838764439:0

Semasa menyampaikan ucapan di ICR, Menteri Luar Malaysia, Dato Sri Anifah Hj Aman berkata isu Rohingya ini telah bermula sejak Myanmar memperkenalkan undang-undang kewarganegaraannya 35 tahun lepas. Komuniti antarabangsa membisu tentang perkara ini sudah begitu lama. Hanya pada tahun ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) melaporkan sejak Oktober 2016 hingga Januari 2017, lebih 66,000 etnik Rohingya terpaksa keluar ke negara jiran Bangladesh.

Maka persidangan berkisar tentang peri penting isu Rohingya diselesaikan melalui punca permasalahan ini berlaku, iaitu soal kewarganegaraan. Myanmar perlu mengambil langkah pro-aktif dalam memastikan etnik Rohingya menerima hak yang sepatutnya sebagai manusia dari sudut tempat tinggal dan keselamatan.

Dato Sri Anifah turut menyebut usaha-usaha Malaysia dalam membantu menyelesaikan masalah ini sebagai sebahagian anggota komuniti antarabangsa, anggota ASEAN dan pihak yang terkesan dengan krisis di Rakhine itu. Malaysia telah mendesak Myanmar untuk menjadi tuan rumah kepada permukiman Kementerian Luar Negara-negara ASEAN khusus bagi membincangkan isu ini pada Disember 2016. Pada Januari 2017 pula, Malaysia menganjurkan sidang tergempar OIC bagi membincangkan tajuk yang sama. Februari 2017, Malaysia melalui NGO Kelab Putera 1 Malaysia dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan NGO-NGO lain mengadakan misi kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar. ICR merupakan kesinambungan keseriusan Malaysia menangani isu ini.

Kerajaan Malaysia turut mengumumkan dana 10 juta bagi tujuan kemanusiaan dan pemulihan wilayah Rakhine. Kerajaan Malaysia giat mencari dana luar bagi tujuan tersebut. Terbaru ketika lawatan Dato Seri Zahid Hamidi ke Qatar, kerajaan negara tersebut menyatakan kesediaan untuk menyalurkan sejumlah 50,000 dolar Amerika melalui Dana Pembangunan Qatar kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN). Dana tersebut bertujuan untuk membangunkan fasiliti yang diperlukan oleh pelarian Rohingya di Malaysia melibatkan pendidikan, kesihatan dan perubatan.

Peranan yang dimainkan Malaysia dalam isu Rohingya ini sangat signifikan. Ia telah meletak Malaysia sebaris negara-negara luar seperti Turki, Jerman, Switzerland dan Britain yang terkenal sebagai negara yang memperjuangkan keamanan, kebebasan dan hak asasi manusia. Mungkin Malaysia sudah menjadi negara Asean paling terkehadapan dalam menangani isu kemanusiaan.

Rahsia di sebalik kesungguhan Malaysia ini dijelaskan oleh Dato Seri Zahid Hamidi di dalam ucapan penutup ICR. Menurut beliau, ia terhasil dari kesatuan rakyat Malaysia dan perpaduan ummah yang tidak mengira latar belakang. Tokoh yang hadir selain dari wakil kerajaan adalah Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mewakili Presiden PAS yang turut terlibat atas kapasiti sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa. Turut terlibat adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan yang kini menjadi Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Tan Sri Kadir Syeh Fadzir.

PRESS RELEASE : Special Address ‘International Conference on Rohingya 2017’ Theme: The Plight of Rohingya: Searching for Solutions

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian/20170317/281492161129069

 



Comments
Loading...