RUU355: parti mana yang boleh diharapkan untuk perjuangkan Islam


DARI SUDUT LAIN

Bagai sireh pulang ke gagang, akhirnya RUU355 kembali kepada PAS semula. Pada 17 Mac yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi mengumumkan semasa merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan Umno di Terengganu, bahawa kerajaan telah memutuskan untuk membawa sendiri RUU355 ini. Tetapi dalam kenyataan terbaru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau mengesahkan bahawa kerajaan tidak akan membawa usul tersebut, dan ia kekal sebagai usul persendirian oleh Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Keputusan tersebut dibuat hasil konsensus yang dicapai dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional 29 Mac yang lalu.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-akan-bentang-sendiri-ruu-355-1.458554

https://www.bharian.com.my/node/265632

Sebenarnya tiada yang pelik dengan apa yang berlaku sekarang. BN merupakan sebuah gabungan 13 parti-parti politik. Walaupun fasal 5 (2) perlembagaan BN menyatakan tujuan penubuhan BN adalah “berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani dan mengekalkan Islam sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana jua di dalam persekutuan dan untuk menegak dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara,” tetapi dari sudut pengamalannya, BN menggunapakai kaedah konsensus dalam membuat keputusan. Konsensus adalah bermaksud setiap keputusan perlu dIpersetujui oleh semua pihak yang terlibat.

Dewan Tertinggi BN dianggotai oleh wakil kesemua parti komponen seramai 15 orang. Daripada jumlah itu, hanya 4 daripadanya adalah muslim iaitu 3 daripada Umno dan satu daripada Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB). Jika dihitung mengikut parti pula, hanya dua parti tersebut dipimpin oleh orang-orang Islam. Dari sudut majoriti sahaja, suara orang Islam adalah minoriti dalam BN. Apatah lagi BN pula mengamalkan konsep konsensus dalam membuat keputusan. Maka tidak hairanlah kerajaan yang diterajui BN menolak untuk membawa usul yang melibatkan kepentingan umat Islam secara ekslusif ini, walaupun ia dijamin oleh perlembagaan negara.

http://www.barisannasional.org.my/

BN dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, mewakili Umno sebagai parti yang memiliki jumlah kerusi paling tinggi dalam BN. Jika diteliti perlembagaan Umno pula, pada Fasal 3 asas dan tujuan Umno ceraian 3, adalah “menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.” Walaubagaimanapun apabila Umno berada dalam koalisi BN, segala peruntukan perlembagaan mereka tenggelam di bawah kehendak gabungan tersebut.

http://www.umno-online.my/wp-content/uploads/2016/03/perlembagaan.pdf

Berbeza pula halnya dengan PAS. Mereka tidak terikat dengan mana-mana perlembagaan lain yang lebih tinggi selain dari Perlembagaan negara dan negeri. Walaupun mereka pernah bersama dalam Pakatan Rakyat tahun 2008 hingga 2013, mereka tidak pernah bersetuju mendaftarkan gabungan tersebut di bawah satu lambang dan satu perlembagaan. Keadaan sama berlaku ketika mereka menyertai kerajaan campuran bersama Perikatan tahun 1972. Hanya pada tahun 1974 mereka terikat dengan perlembagaan parti gabungan apabila Perikatan dirungkaikan dengan pembentukan gabungan baru Barisan Nasional (BN). Namun ia tidak bertahan lama, apabila PAS ditendang keluar empat tahun kemudian atas alasan melanggar disiplin BN.

Sesuai dengan namanya parti Islam, Fasal 3 Perlembagaan PAS menyatakan bahawa dasar PAS ialah Islam. Fasal 5 pula menerangkan tentang tujuan PAS iaitu:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

http://pas.org.my/perlembagaan/perlembagaan.html

Dalam isu RUU355, tidak syak lagi PAS lah yang memperjuangkan isu ini dari mula. Usaha meminda akta 355 adalah susulan dari penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) pindaan 2015 (EJKS), yang tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana terdapat halangan pada Akta 355 di samping tertakluk di bawah bidang kuasa negeri dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu, PAS yang menerajui kerajaan Kelantan mengambil inisiatif untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah seterusnya membolehkan EJKS dilaksanakan dengan membawa usul persendirian melalui Presidenya yang juga ahli parlimen Marang untuk meminda akta 355 itu.

Walaupun terdapat beberapa parti politik yang dipimpin oleh orang Islam, hanya PAS dan parti komponen Gagasan Sejahtera sahaja yang dilihat bersungguh memperjuangkan RUU355 ini. Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya Datin Seri Wan Azizah nampaknya tidak bersama aspirasi PAS dan Gagasan Sejahtera dalam isu ini. Selain dari Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang secara tegas menentang RUU355, Presidennya sendiri Wan Azizah masih tidak tahu apa itu sebenarnya RUU355. Bahkan mereka memutuskan untuk tidak bersama dalam Himpunan H355 di ibu kota baru-baru ini.

http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pkr-tidak-bersama-dengan-ruu-355-1.447269

http://www.malaysia-today.net/pkr-opposes-act-355-even-if-east-malaysians-exempted/

https://www.youtube.com/watch?v=5P_DRb-QzG4

Ironinya, Fasal 5 ceraian 5 perlembagaan parti tersebut juga menetapkan bahawa tujuan penubuhan PKR adalah “menghayati Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin dan menggalakkan peranan agama serta nilai-nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, keadilan, ketinggian akhlak, pembangunan insan dan martabat manusia.”

Satu lagi parti kontroversi yang diterajui oleh orang Islam adalah Parti Amanah Negara (PAN). Parti serpihan PAS ini juga mempertikaikan RUU355 dari berbagai sudut. Walaupun mereka mendakwa tujuan penubuhan PAN juga memperjuangkan Islam, malangnya ianya tidak begitu jelas kerana mereka masih belum memiliki perlembagaan sebenar. Setakat ini mereka masih mengguna pakai perlembagaan Parti Pekerja, sebuah parti berideologi sosialisme yang diasaskan oleh Ganga Nanyar. Mereka cuma mengubah perlembagaan Parti Pekerja bagi membolehkan namanya ditukar kepada Parti Amanah Negara.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/01/18/amanah-persoal-kaedah-pas-guna-rangka-ruu-355/

http://www.sinarharian.com.my/nasional/ruu-355-amanah-sokong-tapi-hadi-kena-jelaskan-dulu-1.560217

http://www.sinarharian.com.my/politik/pinda-perlembagaan-parti-baharu-1.429516

 



Comments
Loading...