Bahri adalah sumber Rafizi berkaitan tuduhan PAS terima dana 1MDB


Bekas Pengarah Badan Siasatan Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain sekali lagi mencetuskan polemik. Beliau dan Rafizi sekali lagi cuba mencemarkan nama baik PAS dengan harapan PAS akan terpalit dengan skandal. Mereka mahu PAS berkubur agar PAN mampu terus hidup. DAP tidak mahu PAN terkubur kerana DAP ‘memiliki’ PAN dan adalah parti versi Islam milik DAP. Maka dengan beberapa dokumen pada Rafizi yang di serahkan oleh Bahri, dokumen tersebut akan dikemukakan sebagai ‘bukti’ bahawa sah PAS menerima dana daripada Najib melalui 1MDB.

DARI SUDUT LAIN

Raja Petra Kamaruddin

Bahri Sekali Lagi Bertindak, Kali Ini Untuk Menguburkan PAS.

Bahri Mohamad Zain, bekas Pengarah Badan Siasatan Khas SPRM yang meletakkan jawatan lewat tahun lalu ialah orang yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat kepada Rafizi Ramli berkenaan dakwaan bahawa PAS menerima  dana daripada 1MDB (baca laporan FMT di bawah).

Topik utamanya cukup mudah. Pakatan Harapan mahu tumbangkan PAS. Di samping itu juga, mereka juga mahu menumbangkan UMNO dengan kerja dan usaha sedang giat dijalankan. Namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa lagi kepada UMNO kerana setelah hampir dua tahun berusaha keras umpama orang gasar bertempik di hadapan pagar, UMNO bukan sahaja makin kuat malah lebih kuat lagi dari tahun 2013.

Mat Sabu Ketua Parti Islam DAP

Mat Sabu, Presiden PAN iaitu parti versi Islam milik DAP berkata jika Pakatan menang, UMNO mati dan jika BN menang PPBM mati (baca di sini). Apa yang tidak mahu di perkatakan Mat Sabu atas beberapa sebab ialah, jika PAS menang maka PAN mati.

Oleh itu meraka mahu PAS berkubur agar PAN terus hidup. PAN juga lebih mustahak dari PPBM, dari pelbagai sudut pandang DAP kerana PAN milik DAP manakala PPBM milik Tun Dr. Mahathir Mohamad. Untuk PPBM terus hidup, perlu UMNO mati yang sudah tentunya amat sukar untuk berlaku.

Langkah pertama ialah mematikan serta menguburkan PAS. Jika PAS berjaya dikuburkan, maka akan menjadi lebih mudah untuk mematikan UMNO. Kegusaran utama mereka adalah jika PAS dan UMNO berkerjasama atau bersatu di atas nama Islam, maka PAN, PKR dan PPBM akan mengalami kekalahan besar dan mereka hanya akan mampu bergantung kepada pengundi cina sahaja untuk kelangsungan hidup.

Oleh itu Bahri akan mengemukakan apa yang mereka definasikan sebagai ‘bukti’ untuk Rafizi gunakan terhadap PAS. Namun semua itu akan mengambil masa yang panjang kerana ia perlu dimainkan dan dijadikan isu besar oleh blogger dan wartawan ‘Mat Saleh’ dari England, Amerika dan Australia. Kemudian mereka akan berkata ini adalah dari orang luar serta memainkan isu tersebut di dalam negara.

SPRM Adalah Anggota ke Enam Pakatan Harapan Selepas Parti Rasuah Malaysia Milik Ezam

Di sebalik semua ini, ia akan menjadi seolah-olah ianya bukan Rafizi yang menuduh tetapi beliau hanya memetik tuduhan orang lain. Kemudian Rafizi terselamat dari tindakan undang-undang serta tidak perlu mendedahkan siapa dari SPRM yang memberi bahan bukti dan dokumen kepada beliau. Sudah tentu Rafizi tidak akan mendedahkan yang Bahri memberikan beliau semua dokumen tersebut. Kemudian Rafizi akan memberikan semua dokumen yang diserahkan oleh Bahri kepada seseorang di luar Malaysia dan berkata orang tersebut adalah sumber tanpa perlu mengemukakan dari mana sumber sebenarnya, iaitu orang yang memberikan bahan bukti dan dokumen.

Sebenarnya dokumen yang diberikan Bahri kepada Rafizi tidak berupaya menjejaskan sesiapa pun. Tiada bukti kukuh jaringan kewangan yang menunjukkan bahawa Najib menyalurkan dana 1MDB kepada PAS, membayar kepada orang perseorangan di dalam PAS mahupun kepada yang rapat dengan PAS. Mereka akan mengambil dua isu yang tiada bersangkutan dan mengatakan dua isu tersebut saling berkaitan antara satu sama lain.

Rafizi Kembali Bermain Dengan Muslihat dan Tipudaya

Sebenarnya ia adalah muslihat lapuk yang mereka gunakan dua tahun lalu untuk ‘membuktikan’ yang Perdana Menteri Najib Tun Razak merompak RM 42 Billion wang milik 1MDB. Dan jika seorang yang berkulit putih, atau tiga orang berkulit putih mengatakan ia benar maka benarlah ia seolah-olah orang kulit putih atau ‘Mat Saleh’ adalah manusia suci yang tidak pernah berbohong.

Rafizi sepatutnya berlaku jujur dan memberitahu kepada umum berkaitan jutaan ringgit yang beliau, Saifuddin Nasution, Zaid Ibrahim dan ramai lagi di dalam PKR menerima habuan dari John Soh Chee Wen. Soh ialah rakan niaga Tun Daim Zainuddin, memberi habuan kepada Zaid Ibrahim sahaja sebanyak RM 6 Juta. Manakala Rafizi dan Saifuddin Nasution menerima habuan mencecah angka RM 20 Juta. Anwar Ibrahim menerima habuan lebih banyak daripada angka tersebut, begitu juga Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah.  Di sebalik semua itu, Free Malaysia Today menerima habuan sebanyak RM 12 Juta seperti mana The Malaysian Insider menerima RM 13 Juta dari Tong Kooi Ong, juga Ho Kay Tat iaitu penerbit kumpulan The Edge Media Group, semuanya di dedahkan (baca di sini).

John Soh Membelanjakan Puluhan Juta Ringgit Untuk PKR dan Pimpinannya

BACA UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA:

John Soh Chee Wen, Rakyat Malaysia di Tahan di Singapura Atas  Kesalahan Penipuan Sekuriti

Soh Chee Wen dikenakan tujuh tuduhan baru menggangu saksi

Soh sedang menghadapi perbicaraan di Singapura dan telah menolak permohonan ikat jamin. Beliau telah memberikan puluhan juta kepada PKR dan pemimpinnya termasuk bekas pemimpin PKR seperti Zaid Ibrahim dan portal berita Free Malaysia today yang pernah di miliki PKR. Soh juga rakan niaga Daim, Pernahkan anda terfikir dari mana datangnya wang Daim? Berapa banyakkah Daim ( juga Tun Dr. Mahathir ) mendapat hasil daripada RM 30 billion yang mereka curi dari Bank Negara?

Rafizi bercakap seolah-olah beliau dan pimpinan PKR umpama malaikat. Mereka bercakap mengenai orang lain menerima dan memakan wang dedak. Zaid boleh mengesahkan beliau menerima RM 6 Juta dari Soh ketika beliau masih bersama PKR (Soh berhenti memberi dana selepas Zaid meninggalkan PKR). Rafizi, Saifuddin dan ramai lagi pemimpin PKR menerima puluhan juta daripada Soh.

Oh ya, berkenaan Husam Musa. Beliau menerima jutaan ringgit daripada Genting. Adakah beliau mahu menafikan perkara ini sebelum bercakap tentang PAS? Salah satu sebab mengapa Husam menerima wang tersebut adalah kerana beliau berada di dalam PAS. Genting memerlukan kuda tunggangan di dalam PAS sekiranya pembangkang memenangi pilihanraya dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Genting agak risau jika PAS akan mencadangkan supaya kasino diharamkan dan Husam seharusnya memastikan agar perkara tersebut tidak berlaku.

*****************************************************

RAFIZI: SPRM BERJAYA MENJEJAK ALIRAN DANA 1MDB KEPADA INDIVIDU BERKAIT RAPAT DENGAN PAS

Naib Presiden PKR berkata beliau akan mendedahkan identiti individu terbabit tidak lama lagi serta mengandaikan yang PAS dan UMNO akan melalui tempoh yang sukar akibat pendedahan tersebut

(FMT) Rafizi Ramli hari ini mendakwa bahawa SPRM telah berjaya menjejak aliran dana dari 1MDB kepada individu yang rapat dengan kepimpinan PAS.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden PKR berkata ini adalah hasil daripada penyiasatan SPRM ke atas dana milik agensi pelaburan kerajaan terbabit yang kononnya telah di pindahkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri Najib Razak.

Oleh itu kata Rafizi adalah tidak menjadi keperluan bagi beliau untuk mengemukan bukti kepada SPRM sebagaimana yang di sarankan oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

“Saya akan dedahkan identity individu terbabit dalam minggu akan datang dan akan membuat laporan kepada SPRM”. (baca di sini)



Comments
Loading...