Proksi Bahri telah pergi dan meninggal dunia, sekarang RM100 juta miliknya tergantung
Bahri (sumber Rafizi Ramli) berkata beliau bersara awal daripada SPRM adalah di sebabkan prinsip dan kuat berpegang pada ajaran agama serta melakukan perkara tersebut tersebut kerana Allah. Namun sekarang segalanya telah terbongkar bahawa beliau mempunyai aset bernilai RM100 juta di bawah nama abang iparnya yang telah meninggal dunia namun semuanya seakan tergantung apabila balunya enggan menyerahkan semula aset tersebut. Bagaimana Bahri memperolehi RM100 juta melainkan beliau sebenarnya adalah seorang “penyangak”.
DARI SUDUT LAIN
Noraihan Che Ali berkata Bahri Mohamad Zain memaksa beliau menyerah aset berjumlah RM100 juta.
(Malay Mail Online, 20 Jan 2017) – Satu laporan polis telah di buat terhadap bekas Pegarah Badan Siasatan Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain tahun lalu dalam satu pengesahan oleh PDRM.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, laporan tersebut di buat ke atas penyalahgunaan kuasa ketika Bahri masih lagi bertugas dan laporan polis tersebut dibuat di Kelantan. “Laporan tersebut di buat jika tidak salah tahun lalu”, kata Khalid kepada portal berita The Star Online.
“Satu siasatan telah dibuat dan pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Sebagaimana biasa, kita akan menyiasat setiap laporan dan apa juga hasil siasatan yang kita dapat, kita serahkan kepada pihak Peguam Negara”, ujar Khalid.
Bahri telah bersara awal pada 30 Disember 2016 dan SPRM menafikan persaraan beliau adalah di sebabkan kekecewaan ke atas proses siasatan terhadap SRC International. SPRM dalam pada itu memberitahu bahawa Bahri “telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan untuk bersara awal 6 bulan yang lalu”. Ini adalah selaras dengan pekeliling yang telah di tetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Persoalannya, apakah tujuan sebenar laporan polis tersebut dibuat (sebenarnya terdapat 2 laporan polis) dan adakah itu penyebab utama Bahri mengambil keputusan untuk bersara awal? SeaDemon Says ada menyebut tentang perkara ini di dalam blog beliau (baca di bawah).
Bahri Mohamad Zain dan isteri kedua beliau Noor Haslina Abdullah yang membantu menyembunyikan RM100 Juta
Kisahnya bermula seperti berikut. Bahri mempunyai isteri kedua bernama Noor Haslina Abdullah. Bahri kemudian meletakkan aset bernilai RM 100 juta di atas nama Muhamad Zamly Abdullah, abang kepada Noor Haslina (abang ipar Bahri) termasuk antaranya 21 unit rumah kedai di Dutamas bernilai RM 40 Juta. Muhamad Zamly kemudiannya meninggal dunia dan Norihan Che Ali, balu beliau enggan menyerahkan kembali aset bernilai RM 100 juta tersebut kepada Bahri, yang mana ia adalah harta pusaka milik si mati.
Bahri kemudiannya menggunakan SPRM untuk menyerbu rumah Norihan dan merampas semua dokumen berkenaan aset yang bernilai RM 100 juta tersebut. SPRM turut merampas rumah Norihan dan “Noor Haslina serta Bahri cuba mendapatkan tandatangan Norihan dan anak-anaknya ke atas satu dokumen perlucutan hak serta persetujuan penyerahan hak milik harta yang dianggarkan bernilai RM 100 Juta yang ditinggalkan si mati (suami Norihan) kepada mereka”, menurut SeaDemon Says.
Anda boleh baca kisah lanjut pada pautan di bawah:
Why is Bahri no longer so talkative?
Bahri’s proxy went and died and now RM100 million is stuck
Ex-MACC director Bahri should come clean
Did Bahri resign because of his abuse of power?
AG to look into former MACC director abuse of power case
Adakah Bahri Meletakan Jawatan Disebabkan Beliau Menyalah Guna Kuasa?
Perebutan harta pusaka: Datuk Bahri Mohd Zin didakwa salah guna kuasa
Ipar menuduh bekas penjawat tertinggi SPRM Bahri salah guna kuasa
Pakatan Harapan menyokong SPRM walaupun mereka tidak jujur dan amanah asalkan mereka berkhidmat kepada pembangkang
Dalam sekelip mata, Bahri menjadi “penyangak” dan ramai lagi sepertinya di dalam SPRM. Harta yang Bahri dan isteri keduanya sedang berusaha mengambil semula dari Norihan, balu Mohamad Zamly, berjumlah RM 100 juta. Bagaimana Bahri mampu mengumpulkan harta sebanyak RM 100 juta? Mengapa harta tersebut dinamakan kepada Mohamad Zamly jika benar diperolehi secara sah? Jika benar Bahri tidak mempunyai hak ke atas harta tersebut, mengapa beliau berhempas pulas berusaha cuba mendapatkannya semula melainkan ia sebenarnya adalah harta beliau, tidakkah begitu?
Sebenarnya, Bahri telah terperangkap dalam skandal penyalahgunaan kuasa dan menyembunyikan aset berjumlah RM100 juta di bawah nama iparnya iaitu Muhamad Zamly. Masalahnya timbul apabila Muhamad Zamly meninggal dunia dan Norihan (isteri si mati) enggan menyerahkan semula harta tersebut. Bahri kemudiannya menggunakan SPRM menyerbu rumah Norihan untuk merampas dokumen berkaitan aset yang bernilai RM 100 juta tersebut.
Norihan membuat dua laporan polis tahun lalu dan SPRM kemudiannya memaksa Bahri bersara awal agar semua permasalahan yang timbul dapat disembunyikan. Bahri diberitahu jika beliau bersara awal, semua isu akan di padamkan dan SPRM akan menganugerahkannya pengampunan. Dalam kata lain, kesannya tidak terpalit kepada sesiapa pun. Namun sekarang permasalahan tersebut diketahui umum, SPRM tidak mampu melindunginya lagi. Bahri, yang berpura-pura seperti orang yang taat dan patuh kepada ajaran agama serta melakukannya ikhlas kerana Allah dan mengambil keputusan bersara awal kerana prinsip, akan di dedahkan sama seperti penjenayah lain sebagaimana masih terdapat ramai lagi seperti beliau yang berada di dalam SPRM.
Demikianlah perihal moral individu yang menjadi sumber maklumat Rafizi Ramli dalam membuat tuduhan terhadap PAS.