BUKTIKAN ATAU PUTUS


Huzir Sulaiman

Rafizi Ramli, PKR, ada tiga hari lagi nak kotakan janjinya. Beban pembuktian terletak di tangan pihak yang menuduh, bukan di atas tangan yang dituduh pun. Beberapa tindakan yang wajib beliau lakukan:

1. Dedahkan nama dua pihak yang dituduh. Yang terima dana 1MDB dari Najib dan tokoh PAS yang terima dana itu dari individu yang terima dana dari Najib.

2. Buktikan dana RM90 juta itu betul-betul dari dana 1MDB.

3. Buktikan dana RM90 juta dari 1MDB itu mempengaruhi keputusan pemimpin PAS Pusat berkenaan RUU355. Kerana tuduhan Rafizi berkenaan dana RM90 juta ini dibuat atas rasa tidak puas hati beliau terhadap sesi bentang RUU355 tempohari.

Kegagalan Rafizi untuk ‘deliver’ ketiga-tiga kewajipan di atas bukti beliau tiada integriti, tiada maruah dan seorang manusia yang jahat. Maka amat perlulah beliau bertaubat, itupun selepas permohonan maaf secara terbuka beliau kepada seluruh Rakyat di Negara ini khususnya terhadap Ahli dan Pemimpin PAS.

Kegagalan berbuat demikian, maka wajarlah PAS untuk mengambil tindakan memutuskan jalinan tahaluf siyasi yang ada dengan PKR.

 

 



Comments
Loading...