Malaysiakini pohon maaf kepada Razali Ibrahim


Pembetulan berita MLA Switzerland dan Razali Ibrahim

Pada 14 April kami menerbitkan satu reaksi daripada Pejabat Peguam Negara Switzerland yang menyatakan bahawa mereka tidak menerima permohonan bantuan perundangan bersama (MLA) dari Malaysia.

Laporan itu juga menyatakan ia bercaggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim kepada parlimen. Ia adalah tidak tepat dan Malaysiakini sudah membuat pindaan pada berita berkenaan.

Razali menjelaskan kenyataannya di parlimen pada 23 Mac lalu merujuk kepada permohonan MLA dari Switzerland kepada Malaysia dan bukan sebaliknya.

Pilihan Editor

PRU14: Siapa pilihan peneroka Felda kali ini?

Kami memohon maaf atas kesilapan itu.

Razali juga menggesa pihak yang mengkritiknya berdasarkan kepada laporan itu supaya memohon maaf dan melakukan pembetulan sewajarnya.

Razali menamakan bloger, OutSyed the Box; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden Parti Bebas Rasuah, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai pihak yang mengkritiknya berdasarkan kesilapan laporan itu.



Comments
Loading...