Cukuplah mencampuri urusan penganut Islam
Roslan SMS
Sekali lagi pemimpin bukan Islam campurtangan dalam urusan orang Islam. Sampai bila pencerobohan hak ini perlu dibiarkan.
Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi negara mengisytihar Islam adalah agama Persekutuan.
Ia juga menyatakan umat Islam sebagaimana penganut agama lain berhak menganut dan mengamalkan agama masing-masing.
Urusan pendakwah Islam dari bumi mana sekalipun adalah urusan dan hak orang Islam.
Presiden MIC dilaporkan TheStarOnline sebagai berkata:
“We as a nation do not need Zakir Naik when our own Islamic scholars are far more adept and competent in advocating the Islamic faith to Malaysians befitting our own national heritage and rich and pluralistic history.”
Dr Subramaniam mendakwa negara kita tidak perlu Dr Zakir Naik kerana kita punya para pendakwah tempatan yang lebih mahir dan sesuai …. Sejak bila masyarakat bukan Islam berhak memutuskan mana pendakwah yang sesuai dan tidak buat umat Islam di sini?
Tidak pernah sekalipun masyarakat Islam di Malaysia mempertikaikan sami Hindu yang mana sesuai atau tidak buat masyarakat Hindu walau kita tahu ramai juga yang masuk dari benua kecil India bagi tujuan itu.
Cukup-cukuplah mencampuri urusan penganut Islam.
Buat kamu agama kamu dan kami agama kami.
Jangan cetuskan api persengketaan. Bermain api kelak terbakar tangan.