Rafizi Ramli makes a police report against Raja Petra Kamarudin
Pada 26 APR 2017, jam 1654, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki Melayu berkaitan tidak puas hati terhadap fitnah ke atas MOHAMAD RAFIZI bin RAMLI – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat oleh RAJA PETRA KAMARUDIN – Blogger. Laporan polis tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi dan dijadikan CYBERJAYA Rpt :- 1791/17.
LAPORAN POLIS PENAFIAN SALAH LAKU SEKS RAFIZI RAMLI – CYBERJAYA RPT :1791/17
Pada 26 APR 2017, jam 1654, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki Melayu berkaitan tidak puas hati terhadap fitnah ke atas MOHAMAD RAFIZI bin RAMLI – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat oleh RAJA PETRA KAMARUDIN – Blogger. Laporan polis tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi dan dijadikan CYBERJAYA Rpt :- 1791/17.
Butir-butir Pengadu
2. Butir-butir pengadu Cyberjaya Rpt :- 1791/17 adalah seperti berikut:-
(a) Nama : MUHAMAD MIZAN ADLI bin MOHD NOOR;
(b) No K/P : 831003-14-5019;
(c) Umur : 33 Tahun;
(d) Pekerjaan : Timbalan Ketua AMK Cabang Pandan;
(e) Alamat : No 12, Jalan Mirwana 38, Taman Mirwana, Ampang, SELANGOR.
Ringkasan Laporan Polis
3. Isi kandungan laporan polis Cyberjaya Rpt:- 1791/17 adalah seperti berikut:-
(a) Pengadu membuat laporan polis terhadap RAJA PETRA KAMARUDDIN yang dikenali sebagai -RPK- yang membuat tuduhan fitnah terhadap MOHAMAD RAFIZI RAMLI – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan merangkap sebagai ahli parlimen Pandan;
(b) Tuduhan tersebut melalui blog beliau :http://www.malaysia-today.
(c) “Rafizi is already being accused of having relationships with a number of young men. There are even “sexual email” of him communicating with these young me, which azmins boys have in their possession. His futher involvement with these invoke young men might start tongues wagging and the last thing rafizi needs are rumours of him having gay relationship so close to general election”;
(d) Beliau mengatakan bahawa RAFIZI RAMLI (sda) terlibat dalam salahlaku seks homoseksual dan kononnya menyimpan lelaki-lelaki muda bagi tujuan kepuasan seks;
(e) Fitnah jahat seperti bertujuan mengaibkan seorang pemimpin adalah serius dan membawa kepada pandangan yang serong terhadap kewibawaan RAFIZI RAMLI sebagai seorang yang beragama Islam dan secara tak langsung membuat fitnah terhadap Parti Keadilan Rakyat;
(f) Pengadu meminta pihak polis mengambil tindakan serius terhadap tuduhan fitnah ini.
Sidang Media
4. Pada jam 1740 – 1745, MUHAMAD MIZAN ADLI bin MOHD NOOR telah menyampaikan sidang media dan antara intipati sidang media adalah seperti berikut:-
(a) Laporan polis ini dibuat tethadap seorang individu bernama RAJA PETRA KAMARUDDIN yang telah membuat tuduhan fitnah terhadap RAFIZI RAMLI di sebuah blog “HTTP://www.malaysia-today.
(b) Kenyataan tersebut mengatakan bahawa RAFIZI RAMLI terlibat dalam salah laku seks homoseksual dan kononnya menyimpan lelaki muda untuk kepuasan seks;
(c) Fitnah ini dilakukan untuk melahirkan pandangan serong terhadap kewibawaan RAFIZI RAMLI (sda) sebagai seorang yang beragama Islam dan secara tidak langsung terhadap Parti Keadilan Rakyat;
(d) Meminta pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap tuduhan fitnah tersebut.
Tindakan Polis
5. Kes tersebut telah dirujuk kepada ASP RIZAL – Ketua Polis Balai Cyberjaya dan masih belum diklasifikasikan.
Ulasan
6. Laporan polis yang dibuat ekoran rasa tidak puas hati pengadu terhadap tuduhan RAJA PETRA KAMARUDDIN dilaman blog beliau yang berunsur fitnah terhadap MOHAMAD RAFIZI bin RAMLI yang didakwa telah mengaibkan dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin PKR tersebut. Diperhatikan kenyataan tersebut juga telah melahirkan rasa tidak puas hati penyokong-penyokong PKR dan mendesak pihak polis menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap RAJA PETRA KAMARUDIN.