Rakyat Selangor Minta Tangguh PRU14, Kerajaan Selangor Terumbang-Ambing, Adun DAP Pro Dr Tan Dijangka Keluar Parti
(My Massa) – Heboh di Shah Alam malam ini, berikutan kedudukan Kerajaan Selangor hanya majoriti tipis 30/26.
Mereka menjangka beberapa ADUN PKR dan DAP yang berpihak kepada kumpulanDr. Tan Seng Giaw dijangka keluar parti menjadi ahli BEBAS. Manakala, 2 orang ADUN PKR yang pro Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka turut menjadi calon bebas.
Dengan itu juga, kedudukan kerajaan Selangor pimpinan Azmin Ali berkubur apabila hanya menjadi 25 berbanding coalation PAS+UMNO+BEBAS (6).
Di Shah Alam sekarang bertebaran khabar Azmin Ali yang pernah lebih sebulan tidak bertegur sapa dengan DYMM Sultan Selangor suatu masa dahulu dilihat kembali bermuram durja. Memandang esok masih cuti umum, dijangka Azmin berusaha menghadap DYMM Sultan Selangor seawal Selasa pagi untuk mengelak kerajaan negeri berkubur.
Para ribut cerita ini di Shah Alam, mereka meminta PRU14 ditangguh ke tahun hadapan memandangkan Kerajaan Selangor terumbang-ambing sekarang.
Nampaknya perkembangan menarik di Selangor. Dijangka MB baru sama ada dari PAS atau TS Khalid Ibrahim kembali menjadi Menteri Besar. Faekah berjaya memainkan peranan dengan berkesan.
Kedai kopi semakin penuh.Kisah awal Dr Tan and the geng keluar DAP di sini