PAS tidak pernah sesat


(Roslan SMS) – PAS tidak pernah sesat kata Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam Muktamar PAS ke 63 yang berakhir semalam.

Mana mungkin ia sesat sedang sepanjang 60 tahun lebih perjuangannya PAS kekal dan istiqamah dengan prinsip dan dasar perjuangan Islamnya.

Tuan Guru memberi reaksi pada kenyataan SU Agung DAP Lim Guan Eng yang sebelum ini dalam  kenyataannya mendakwa parti Islam ini telah sesat.

Sinar Harian memetik Guan Eng sebagai berkata:

“PAS kini dikatakan telah sesat hala tuju politiknya selepas menjadikan musuh politik mereka sebelum ini sebagai rakan dan menganggap DAP pula sebagai musuh.”

Kononnya menurut Guan Eng PAS berpelukan dengan Umno setelah bercerai dengan partinya.

Inilah modal sama digunakan oleh talibarut Guan Eng dalam parti nyanuk Pan.

PAS sesungguhnya sedang bersatu melangkah ke hadapan bersama Tsunami Hijau Islam yang bakal melanda negara. Berbekalkan semangat Muktamar ke 63 nya PAS kini tertumpu bersungguh bekerja dam memberi perhatian pada gelombang besar ini sehingga memandang bentakkan Guan Eng itu sebagai kerja kanak-kanak nakal yang sebenanya telah hilang pedoman.

Tun Dr Mahathir dulu musuh nombor satu Lim anak beranak. Kini mereka berdua menyanjung dan menjunjung si Mahazalim.

Tidak sesatkah mereka lantaran demikian?

PAS telah tegaskan siapa sahaja yang menyokong dan bersama lgenda perjuangan Islam adalah rakannya. Dap yang telah berpatah arang dan berkerat rotan dengan PAS atas pilihan lsendiri tiada hak menentukan siapa harus PAS kawan dan lawan.

PAS sebagaimana ditegaskan Tuan Guru dalam muktamar yang berakhir semalam meletakkan DAP sebagai musuh politik kerana Dap terang-terang menolak Islam.

Dap mahukan Malaysian Malaysia dan berjuang untuk mensekularkan Malaysia, memisahkan agama dari urusan negara. Mana mungkin Dap jadi kawan PAS lagi.

PAS tidak sesat dan rakyat Malaysia khususnya umat Islam tahu akan sumbangannya pada Islam dan negara serta kemampuan nya di masa depan.

Yang sesat dan menyesatkan adalah Dap dan PAS bertanggungjawab menyedarkan umat Islam betapa bahayanya Dap yang menolak Islam ini.

Umat Islam tidak akan tolak ansur dengan sesiapa sahaja yang memusuhi agamanya.



Comments
Loading...