RAFIZI GAGAL TUNJUK SIAPA BERI DANA INVOKE & NOW PROVOKASI ADAM BERJAYA


(CAPTAIN M) – 1. Polemik pergaduhan pemimpin PKR antara Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Ampang (dicutikan) dengan Rafizi Ramli serta Latheefah Koya semakin menarik apabila Adam Rosly mencabar Rafizi Ramli untuk mendedahkan kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW). Kata Adam dia sangat bersabar dengan Rafizi tetapi dia perlu bersuara. 3 cabaran Adam ialah;

i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW.

ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini

iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke.

2. Sumber mendedahkan Adam Rosly tidak mungkin berani bersuara tanpa arahan Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang dan Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Jadi cabaran Adam adalah atas arahan Azmin dan Zuraida sebelum mereka menjadi ahli jawatankuasa disiplin bagi kes Adam itu.

3. Sekian lama pelbagai pihak mendesak Rafizi mendedahkan dana Invoke dan NOW tetapi tidak pernah didedahkan. Isu NOW pernah menjadi isu tahun 2015 nampun senyap selepas itu. Hanya dengan pergaduhan sesama PKR antara Latheefa Koya, Adam Rosly dan Rafizi tidak sampai 24 Jam Rafizi menjawab cabaran Rafizi.4. Ujar Rafizi menyahut cabaran, walaupun beliau tidak perlu melayan karenah Adam kerana sedang direhatkan dalam PKR, namun sebagai penjawat awam, beliau perlu tangkas memberi jawapan dalam semua isu bersabit ketelusan.

“Oleh yang demikian, saya sertakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi Invoke dan NOW seperti yang ditunjukkan di Lampiran A dan B”. Kata Rafizi dalam kenyataan medianya

5. Kita boleh melihat kebodohan dan emosi yang tebal antara Rafizi dan Adam Rosly. Mari kita teliti dokumen jawapan yang didedahkan oleh Rafizi sama ada menjawab cabaran atau tidak. Ataupun kita masih ada persoalan lain. Jika sebelum ini kita melihat gaya keupayaan Rafizi penuh andaian menjejak sumber dana dari pelbagai pihak seperti isu 1MDB dan SRC. Kita juga mahu menjejak dana yang ditunjukkan oleh Rafizi. Rafizi mesti menjawabnya. Adam juga tentu tidak berpuas hati.

READ MORE HERE



Comments
Loading...