Ezam Politik Kotak Dan Katak
(Bicara News) – Jika tidak hilang akal sudah kesipuanlah gayanya si Ezam apabila mahu menasihatkan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS berhubung kerja sama PAS dengan UMNO dalam apa yang dikatakan untuk kepentingan dan kebaikkan rakyat dalam meningkatkan syiar Islam.
Sebenarnya Ezam perlu menasihati dirinya untuk mendapatkan rawatan Dr Pakar sakit jiwa, setelah apa yang beliau lalui kebelakangan ini yang dilihat oleh ramai rakyat seperti sudah hilang pedoman atau hala tuju hidup.
Kerana dalam banyak hal prilaku Ezam sehari dua ini dilihat sudah seperti orang hilang pedoman setelah kerap berubah-ubah pendirian walaupun beliau mendakwa sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip perjuangannya.
Dari parti UMNO beliau berpindah kepada parti Keadilan dan membuat serangan kepada UMNO, kononnya beliau diamanahkan untuk menyimpan berkotak-kotak rahsia salah laku kerajaan Barisan Nasional yang kemudiannya memaklumkan bahawa kesemua rahsia didalam kotak simpanan tersebut akan mendedahkan bila tiba masanya.
Sekoyong-koyong setelah memburukkan kerajaan sama ada didalam mahu pun diluar negara, tetiba Ezam membuat ‘u-turn’ dan kembali kepada UMNO, dimulakan dengan memuji UMNO dan menyerang Anwar Ibrahim dan parti PKR, kemudiannya telah melenyapkan semua rahsia yang berkotak-kotak tanpa dikesan.
Diberikan jawatan sebagai Pengarah Strategik didalam kerajaan yang kesudahannya satu kenyataan membela kerajaan tidak pernah diterbitkan untuk pengetahuan umum, jika ada pun mungkin untuk sedara mara dia sahaja.
Mungkin setelah kenyang mendapat habuan dengan UMNO melalui jabatan kerajaan yang dipinjamkan, tak ada ribut tak ada taufan Ezam dikatakan melompat bagai ‘katak’ politik, satu gelaran yang diberikan kepada wakil-wakil rakyat yang melompat parti.
Mungkin beliau melihat kelulusan pendaftaran sebuah parti baharu yang boleh memberi harapan kepada dirinya untuk bergelar wakil rakyat, maka untuk sekian kalinya Ezam melompat tetapi lompatannya tidak singgah dan bertapak ke mana-mana parti.
Akhirnya beliau cuba menubuhkan parti sendiri (itu pun merampas dari orang lain) tetapi seperti serba tidak kena, penubuhan dan pengambilan parti lain untuk dijadikan parti sendiri tidak kesampaian, maka terkongtang- kantinglah Ezam ketika ini.
Bagi mengalihkan isu peribadinya yang gagal didalam lompatan, tidak semena-mena beliau mengeluarkan kenyataan berupa nasihat kepada ‘orang-orang tua’ didalam Majlis Syura Ulama PAS kononnya perlu berhati-hati jika mahu menjalinkan hubungan dengan UMNO.
Adakah Ezam beranggapan bahawa pemimpin tua yang menduduki kerusi kepimpinan didalam saf Majlis Syura Ulama tidak mengenal erti politik matang dan prinsip berpolitik, sepatutnya Ezam perlu mencerminkan dirinya dahulu adakah beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip dan matang berpolitik.
Adalah selayaknya Ezam mencermin dirinya untuk melihat tindakkannya kebelakangan ini, dari pengumpul kota sahingga bertukar menjadi katak politik dan kini cuba pula menjadi wali selipar di lehir yang mahu menasihatkan saf kepimpinan Majlis Syura Ulama PAS.
Ezam harus mengenali siapakah gerangan mereka didalam kepimpinan Majlis Syura Ulama PAS, sebelum cuba-cuba mengeluarkan kata-kata nasihat yang diambil dari himpunan tulisan dalam buku ‘Wahyu Tipukuat’ Ezam.
Sedarlah Ezam, kepimpinan Majlis Syura Ulama PAS bukan budak-budak yang boleh di kotak-kotakkan, Presiden PAS sendiri Tuan Guru Hadi Awang sendiri pernah menyatakan bahawa tidak akan ada kerja sama dengan UMNO untuk menghadapai pilihan raya ke 14 nanti.
Sebenarnya PAS lebih perlu berhati-hati dengan Ezam, takut-takut nanti Ezam akan beserban dan berjubah serta mengaku bahawa dirinya adalah wali Allah yang diturunkan bagi membantu PAS untuk memang dalam pilihan raya ke 14, setelah gagal membantu Anwar menjadi Perdana Menteri.