Kenapa kerjasama politik untuk pilihanraya sahaja?


DARI SUDUT LAIN

Agaknya sudah menjadi adat dalam politik Malaysia, bahawa kerjasama antara parti-parti politik hanya berlaku bagi menghadapi pilihanraya sahaja (pre-electoral coalition). Selain dari Perikatan dan Barisan Nasional, negara dihiasi dengan berbagai sejarah kerjasama dan gabungan parti-parti politik sebelum pilihanraya. Atas matlamat tersebut, persefahaman menjadi mudah dan jarang kedengaran sebarang perselisihan dalam tempoh tersebut. Tetapi selepas menghadapi pilihanraya, berbagai krisis berlaku yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan permusuhan antara parti yang asalnya bekerjasama tersebut.

Kerjasama antara parti-parti politik dalam Pakatan Harapan turut menggambarkan sedemikian. Sudah diketahui sejak lama dahulu, bahawa ketiga-tiga tokoh utama gabungan tersebut iaitu Lim Kit Siang, Tun Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan seteru politik yang amat ketat. Tun Mahathirlah yang bertanggungjawab memecat Anwar dari Umno dan menghumbannya ke penjara. Lim Kit Siang antara yang paling lantang mengkritik Tun Mahathir dan berusaha supaya beliau dibicarakan atas pelbagai skandal salah guna kuasa. Tetapi kini mereka boleh melupakan segala sengketa lama hanya atas alasan bagi menghadapi pilihanraya.

Sehingga kini matlamat perjuangan ketiga-tiga tokoh ini masih tidak berubah, dan masih tidak selari antara satu sama lain. Lim Kit Siang masih keras dengan agenda sekularisme dan penentangan terhadap syariah Islam, juga cauvinisme yang keterlaluan bertopengkan gagasan “Malaysian Malaysia” bagi menghapus keistemewaan orang Melayu. Tun Mahathir pula walaupun berkongsi ideologi sekular, namun masih lagi dengan ideologi ultra-kiasu melayu ketika di dalam Umno serta amalan nepotisme dan kronismenya, selain mengamalkan politik Vandetta menentang semua pemimpin selepasnya yang tidak mengikut telunjuk. Anwar, masih dengan gerakan pragmatisme bermatlamat untuk menjadi Perdana Menteri walau apa cara sekalipun. Dengan perbezaan ini, kemungkinan besar DAP, PKR dan PPBM akan bersengketa dan akhirnya PH akan berkubur sejurus tamat pilihanraya.

Baca:

http://anwaribrahimblog.com/2011/12/23/sejak-13-tahun-dr-m-menipu-rakyat-untuk-menjatuhkan-anwar/

https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian/20170214/283068414066064

http://www.malaysia-today.net/is-kit-siang-prepared-to-kill-mahathir-to-save-himself/

http://www.malaysiaoutlook.com/mahathir-anwar-and-lim-kit-siang-one-u-turn-too-many/

https://www.malaysiakini.com/news/355176

http://www.suara.tv/2016/09/23/kerana-tun-mahathir-pembangkang-bergaduh-sama-sendiri/

Persoalannya di sini adalah, kenapa bergabung hanya untuk menghadapi pilihanraya? Jawapannya supaya mudah untuk mendapatkan sokongan rakyat. Dari satu segi, ia adalah satu bentuk pembodohan terhadap rakyat. Rakyat mengundi adalah untuk memilih pemimpin mentadbir negara berdasarkan agenda manifesto yang ditawarkan. Rakyat mengharapkan kumpulan yang diundi itulah yang bakal memimpin mereka. Tetapi selepas pilihanraya, masing-masing mula menunjukkan diri yang sebenar. Mula berpecah-belah mengikut haluan sendiri, mula melompat ke sana-sini. Kuasa yang diberikan oleh rakyat melalu undi dikhianati dan dipergunakan untuk matlamat terselindung.

Adalah lebih baik jika kerjasama dan gabungan parti-parti politik dibentuk selepas pilihanraya (post-electoral coalition) bagi tujuan menguruskan pentadbiran negara. Boleh lihat bagaimana contoh-contoh di negara asing dan maju. Mereka berseteru dalam pilihanraya membawa ideologi dan agenda masing-masing, tetapi selepas pilihanraya mereka berkongsi kuasa dengan komposisi kuasa yang ada untuk mentadbir negara. Parti El Nahda bergabung dengan parti Nidaa Tounes di Tunisia selepas pilihanraya. Turki antara negara yang paling banyak dalam sejarah melakukan gabungan parti politik selepas pilihanraya bagi mentabir kerajaan. Begitu juga beberapa kali berlaku di UK, contohnya antara parti Konservatif dan Liberal Demokrat. Di Palestin, Hamas dan Fatah bergabung membentuk Palestin National Authority selepas masing-masing memenangi pilihanraya di wilayah Gaza dan Tebing Barat.

http://www.sinarharian.com.my/politik/tolak-najib-pas-tetap-mahu-guna-pru-1.494029

http://www.agendadaily.com/Politik/pas-tolak-kerjasama-dengan-mat-said-guling-mb-terengganu.html

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/06/20/langkah-kajang-pelantikan-azmin-punca-perpecahan-pr-1200/

https://en.wikipedia.org/wiki/Coalition_governments_in_Turkey

Kerjasama selepas pilihanraya adalah lebih jujur dan telus. Masing-masing boleh mengekalkan ideologi dan perjuangan masing-masing. Parti-parti politik hanya bersama atas titik menjaga kepentingan rakyat dan negara. Keadaan ini juga boleh membentuk suasana check and balance apabila setiap institusi kerajaan tidak terikat dengan disiplin parti-parti tertentu. Dengan kesemua parti diberikan hak mentadbir, rakyat lebih mudah menilai dengan bukti yang sudah ada di depan mata, parti manakah yang paling baik untuk mereka berdasarkan prestasi pentadbiran masing-masing. Sekaligus ia adalah lebih demokratik dan relevan dengan kesedaran politik rakyat Malaysia hari ini yang semakin rencam.

 



Comments
Loading...