Saifuddin Guna Kata-kata TGNA Untuk Bidas PAS Akhirnya Terbidas Diri Sendiri


Lebai Hassan Omar

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudddin Nasution Ismail kononnya memetik kata-kata arwah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membidas beberapa exco PAS yang enggan meletak jawatan daripada kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

“Tindakan mereka (yang mengekalkan jawatan exco) adalah tidak bermoral dan tidak bermaruah kerana mereka telah memutuskan hubungan politik dengan PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah,” petik Saifuddin dalam catatan di Facebook.

Saifuddin merujuk reaksi Allahyarham Nik Abdul Aziz apabila ahli-ahli exco daripada parti Semangat 46 enggan meletak jawatan daripada kerajaan Kelantan walaupun terputus hubungan dengan PAS pada tahun 1996.

Kesian Saifuddin tidak memahami politik semasa. Tidak dapat membaca pergolakkan politik semasa dengan apa yang berlaku antara PAS-Semangat 46 dulu.

Rasanya kalau Azmin sebut tak faham aspirasi rakyat, sangat sesuai untuk Saifuddin Nasution. Beberapa perkara Saifudin Nasution patut ‘study semula’ ialah

Semangat 46 bubar, dan sebahagian pimpinannya masuk UMNO. Kerana mereka dibeli dan ini akan membuatkan kedudukan kerajaan PAS Kelantan akan menjadi tidak stabil kerana exco tersebut dah jadi UMNO. Saifuddin ingat TGNA bodoh ke nak biarkan!

PAS ni lawan UMNO dah lama Saifuddin?

Takkan engkau tak ingat, Saifuddin bagaimana engkau mengalami krisis kewangan bisnis engkau hampir lingkup. Engkau jumpa Anwar Ibrahim (masa tu Anwar Ibrahim UMNO). Anwar tolong engkau jadi penyarah U. Engkau dinaikkan jadi Pemuda UMNO.

SAIFUDDIN ENGKAU PUN DIBELI oleh UMNO.

Engkau ada 2 keahlian PAS.

Jika menggunakan No. KP 6984735 (lama Saifuddin Nasution) adalah ahli PAS bernombor 0226743 iaitu mendaftar terus tanpa Cawangan.

Menggunakan KP baru 631207715005, Saifuddin Nasution adalah ahli PAS Pokok Sena, Cawangan Kampong Sakan pada 8 Jan 2007 no ahli 0828715.

Engkau Saudddin adalah manusia yang sebelum ini berada dalam Jamaah Islam PAS kemudian menjual diri untuk sedikit kepentingan politik dan kebedaan terus berada dalam UMNO.

Sedikit maklumat untuk pembaca, Saifuddin Nasution selepas tewas dalam pilihanraya 2004 di Kedah, dia berundur dari PKR dan mendaftar diri sebagai ahli PAS di cawangan Pokok Sena. Saifuddin berhijrah ke Kelantan, kerana isterinya adalah anak tempatan Machang.

Ketika itu Saifuddin memohon kerja dengan Husam Musa (exco ekonomi PAS Kelantan) dan Husam telah memberi kerja sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali yang berfungsi untuk mengatur ceramah memperkukuhkan PAS Kelantan.

Pada Kongres Khas PKR 2007, Anwar Ibrahim secara mutlak telah melantik Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Strategik PKR walhal ketika itu Saifudin sudah menjadi ahli PAS dan bertugas sebagai Pengarah Urusan Yayasan Tok Kenali. Ini pun menyalahi TAHALUF SIYASI yang Anwar tak faham kenapa PAS putus hubungan tahaluf.

Dulu Majlis Syura Ulama PAS tak benarkan Zulkifly Nordin jadi calon. PKR membelakangi tahaluf jadikan Zulkifly Nordin calon parti PKR. Apa jadi kepada Zul Nordin, bekas peguam Anwar?

Saufudin baik engkau diam.

Setiap kali engkau buka mulut menyerang PAS, makin orang nampak ‘keburukan’ dan ‘hodoh’nya perangai engkau.



Comments
Loading...