Portal PAS: Tan Sri Muhyiddin Yassin Hilang, Bakal Tinggalkan PPBM?


(My Massa) – Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad ada membuat kenyataan dia mengalu-alukan mana-mana ahli PPBM (BERSATU) yang ingin meninggalkan PPBM, supaya keluar dari parti berkenaan jika tidak sehaluan dengannya. Ini susulan daripada tindakan lebih 1,600 ahli BERSATU yang meninggalkan parti sejak awal tahun ini menurut sumber dalaman BERSATU.

Jika kita teliti kenyataan Mahathir ini, timbul persoalan, adakah mereka yang dimaksudkan Mahathir ini termasuklah Presiden BERSATU sendiri, Tan Sri Muhyiddin?

Ada banyak cakap-cakap awam (hearsay – Ini lebai belajar daripada Sarawak Report) mengatakan sejak krisis hubungan PAS-BERSATU, sukar untuk melihat kelibat Muhyiddin dalam sebarang majlis BERSATU. Mahathir lebih banyak ditemani oleh Datuk Seri Mukhriz yang juga Timbalan Presiden BERSATU.

Ada juga pendapat yang mengatakan Muhyiddin sudah disingkirkan dari kerusi Presiden BERSATU sehinggakan dia tidak lagi bersuara tentang apa sahaja mengenai BERSATU? Andaian ini mungkin benar kerana Muhyiddin sendiri pernah mempertikaikan, di mana haknya selaku Presiden apabila segala perkara yang diputuskan olehnya, pasti akan di sanggah oleh Mahathir selaku Pengerusi.

Memang agak janggal apabila melihat Pengerusi sesebuah parti jauh lebih berkuasa daripada Presiden itu sendiri. Dalam amalan sesebuah organisasi, Pengerusi hanya bertindak sebagai penasihat kepada Presiden dan bukannya individu yang menentukan dasar sesebuah organisasi. Namun hal ini jelas berlawanan dengan apa yang diamalkan oleh BERSATU sehingga dilihat Muhyiddin hanya sebagai tunggul.

Jadul penjalanan “roadshow” Muhyidin (Bersatu) dengan PAN untuk menjelajah Felda bersama Mazlan Aliman juga tidak terlaksana.

Malah semua gerak kerja yang sepatutnya dilakukan Presiden BERSATU Muhyiddin telah diambil alih oleh Timbalannya Mukhriz Mahathir. Sebagai contoh kemasukkan 529 org ahli baru dari PPBM Felda Palong 7 Jempol 10 Mei lalu, yang semua berasal dari UMNO telah dilakukan oleh Mukhriz bukan Muhyiddin.

Malah kelibat Muhyddin tidak kelihatan. Facebook Muhyiddin sudah lama tidak dikemaskini.

Read more here



Comments
Loading...