PAS hilang 5,000 jawatan di Selangor, PKR hilang 45 di Kelantan


(MMO) – PAS dijangka hilang 5,000 jawatan lantikan politik di Selangor berbanding PKR hilang 45 jawatan di Kelantan.

Kehilangan itu berlaku jika ahli kedua-dua parti di dua negeri itu meletak jawatan atau disingkir, lapor Sinar Harian yang memetik Oriental Daily.

Ketika ini, ahli PAS memegang jawatan, antaranya ketua kampung, ahli jawatankuasa masjid, ahli majlis perbandaran dan daerah.

Seramai 39 ahli majlis daerah, tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga jawatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dipegang ahli PKR.

“Tidak ada seorang pun ahli PKR dilantik sebagai ketua kampung di Kelantan. Sebenarnya selepas PRU13, PKR tak dapat sebarang faedah hasil kerjasama antara PKR dan PAS,” kata sumber itu.

Read more here



Comments
Loading...