LANGKAH POLITIK PAS SEMAKIN KELIRU?


DARI SUDUT LAIN

Semenjak PAS mengambil pendekatan untuk tidak lagi bersama PH, pendirian parti tersebut terus dipersoalkan. Apabila PAS menyatakan mereka juga tidak bersama BN, masyarakat awam bertambah keliru. Kerajaan pun tidak, pembangkang pun tidak. Sebaliknya mereka mengumumkan berada di blok ketiga yang lebih seimbang antara kerajaan dan pembangkang.

Sikap PAS ini boleh dianggap sebagai bidaah dalam politik negara. Sebelum ini negara hanya mengenal sistem dwi parti sahaja. Samada pemerintah atau pembangkang. Apabila PAS mewujudkan pihak ketiga, masyarakat terkejut dan keliru dengan sikap ini.

Kekeliruan ini turut dikongsi oleh ramai pihak samada kawan dan lawan. Pemimpin-pemimpin PH terus mengkritik tanpa henti. Malah ia turut disambut oleh beberapa pihak dalam PAS sendiri. Antaranya YB Dato Mahfuz Omar, MP Pokok Sena. Beliau sering mengatakan keliru dan tidak jelas dengan haluan politik PAS.

http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-makin-keliru-kata-mahfuz-1.602896

Baru-baru ini pula, Bekas Ketua Pengarah Harakah Dr Rosli Yaakob pula mempersoalkan PAS. Dr Rosli mengatakan jika sekadar mahu menang 40 kerusi, macam mana nak perintah Malaysia? Lebih baik pilih pihak yang mampu perintah Malaysia samada BN atau PH. Dr Rosli baru sahaja tamat kontrak pada 1 Mei lepas.

http://www.malaysia-today.net/bekas-pengarah-urusan-harakah-persoal-apa-guna-undi-pas/

Surat terbuka Presiden Parti Bebas Rasuah yang kini bersama PH, Dato Ezam Mohd Noor kepada Majlis Syura PAS Pusat juga menimbulkan banyak persoalan. Antaranya beliau menggambarkan pendirian PAS sekarang adalah satu perancangan BN untuk melindungi mereka dari serangan. Beliau seolah-olah mahu PAS mengubah pendekatan untuk kembali kepada pakatan pembangkang.

http://www.malaysia-today.net/bekas-pengarah-urusan-harakah-persoal-apa-guna-undi-pas/

PAS pasti memiliki jawapan atas setiap persoalan yang ditimbulkan. Namun sehingga kini kita masih belum menerima jawapan dari mana-mana jurucakap PAS. Persoalan ini harus dijawab agar kekeliruan segera dijernihkan.

 



Comments
Loading...