BOLEHKAH MAHATHIR DIPERCAYAI? (SIRI 1): KENAPA MAHATHIR BERUBAH?


DARI SUDUT LAIN

Politik Malaysia hari ini sangat menghairankan. Tahap pragmatisme yang mendasari pemikiran politikus berada pada tahap yang sangat mengelirukan. Yang dulu musuh kini menjadi kawan. Yang dulu kroni kini menjadi pesaing. Dulu sokong sekarang bantah. Dulu menentang sekarang mendokongnya pula. Walaupun tindakan tersebut jelas membuktikan mereka sedang jilat ludah sendiri, mereka tetap lakukan. U-Turn dibuat dalam bermacam versi.

Antara tokoh yang paling jelas melakukan u-turn hari ini adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau kini disanjung oleh anggota PH sebagai wira yang suci murni. Sikap beliau yang menentang pentadbiran Dato Sri Najib sehingga mengambil tindakan keluar Umno dan menubuhkan parti baharu, PPBM, dianggap oleh PH sebagai satu keikhlasan dan telah kembali ke pangkal jalan.

Benarkah sebegitu?

Sebelum menjawab hal ini, imbas dahulu beberapa pendirian u-turn beliau yang sangat terkenal. Pertama adalah sikapnya terhadap himpunan demonstrasi. Pada tahun 2012 (sebelum PRU13) ketika masih dalam Umno, beliau menganggap bersih sebagai himpunan yang mencetuskan huru hara kepada negara. Pada tahun 2016, beliau menyokong pula himpunan tersebut dan menganggap ia cara terbaik untuk menjatuhkan Dato Sri Najib.




Padahal jika kita masih belum lupa, Dr Mahathir sebelum ini adalah penyokong kuat Najib Tun Razak. Ketika Dr Mahathir didesak hebat untuk meletak jawatan setelah menyebabkan Umno menghadapi kekalahan terburuk sepanjang sejarah pada PRU 1999, beliau mensyaratkan kepada bakal PM selepasnya iaitu Tun Abdullah Badawi, supaya menamakan Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri, sekaligus melobi Najib untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.

http://malaysianreview.com/119584/tun-mahathir-dedah-surat-kepada-pak-lah-lantik-najib-tpm/

Selepas Tun Abdullah membawa Umno lebih gagal pada PRU 2008 sehingga menafikan majoriti 2/3 BN di parlimen, Dr Mahathir mengkritik Abdullah dan bertindak keluar Umno. Ia sebagai satu tekanan agar Abdullah turun dan segera diganti oleh timbalannya Najib. Umum mengetahui Najib adalah orang kepercayaan Mahathir sejak zaman pemerintah beliau lagi.

http://www.malaysia-today.net/why-then-did-pak-lah-and-mahathir-make-najib-pm/ 

Kini Najib gagal memulihkan Umno sebaliknya membawa kekalahan yang lebih teruk. Dr Mahathir mengulang skrip yang sama. Selepas mengkritik kepimpinan Najib, beliau mengambil tindakan populis meletakkan jawatan. Malangnya Najib tidak selemah Tun Abdullah. Najib bertindak balas dengan menyingkirkan hampir semua kroni-kroni Mahathir dan sebarang pihak yang mengancamnya. Maka kita saksikanlah episod-episod seperti pemecatan Muhyidin Yasin, Shapie Apdal, dan terbaru menamakan Hisyamudin sebagai Menteri Tugas-tugas Khas bagi mengambil alih peranan Timbalan Perdana Menteri.

Mahathir meneruskan agenda menyingkir Najib. Bagi Mahathir, selagi Najib di situ selagi itulah Umno tidak akan pulih. Beliau mahu selamatkan Umno dari terus jatuh:

http://malaysianreview.com/118116/tun-mahathir-gesa-singkir-najib-untuk-selamatkan-umno/

Nyata beliau tidak pernah berubah. Pendiriannya semasa menekan kepimpinan Abdullah Badawi masih tetap sama seperti dulu. Selepas berjaya menjatuhkan Najib, tidak mustahil beliau akan kembali bersama Umno semula.

Soalan seterusnya yang perlu dijawab, kenapakah Mahathir terlalu sayangkan Umno? Atau benarkah tindakan itu kerana sayangnya terhadap masa depan Umno? Kita jawab pada siri akan datang.

 



Comments
Loading...