MCA ajak cina tolak DAP kerana beri 97% peruntukan kepada Melayu dan Islam


Senangnya tipu rakyat supaya undi BN, depan Orang Melayu Umno kata DAP anti Melayu anti Islam, depan Orang Cina MCA kata DAP sokong Melayu sokong Islam.

Milo Suam

BIASA kita dengar propaganda Umno memomok dan menakut-nakutkan orang Melayu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang bergabung dalam Pakatan Harapan, bersama KEADILAN, AMANAH dan PPBM.

Tidak perlulah aku ulang semula propaganda yang sering digunakan oleh Umno untuk memperbodohkan orang Melayu supaya takut dengan DAP sekaligus menolak untuk menyokong parti itu dan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.
Di depan orang Melayu Umno memainkan sentimen rasis dan agama, kononnya DAP anti Melayu dan anti Islam. Namun di depan orang-orang Cina, Parti komponen Barisan Nasional, Parti Pertubuhan Orang Cina Malaysia, (MCA) memainkan sentimen rasis yang serupa namun mesej yang bertentangan.
Sebagai contoh, Halaman Facebook MCA Bahagian Kulai dikesan menghantar mesej berbayar dan bersasar dalam bahasa Cina kepada orang-orang Cina. Maklumat ini aku terima daripada salah seorang rakan berbangsa Cina yang menghubungi aku melalui WhatsApp.

 



Comments
Loading...