Lelaki dakwa kena pukul dengan samseng Umno dalam keadaan bogel


Milo Suam

SEORANG lelaki bernama James Hunt, mengirimkan sebuah video melalui akaun Facebook miliknya mendakwa dia sendiri dalam video itu dalam keadaan bogel telah dipukul dengan besi pemukul golf oleh sekumpulan samseng berpakaian baju Umno.

Menulis di akaun Facebook miliknya, James mendakwa dia telah dikejar dari sekolah St Anne Labuan dalam keadaan bogel, dipukul menggunakan besi pemukul golf dan dipaksa meminta maaf dengan mencium kasut ketua kumpulan samseng berkenaan.

Dia lari meredah hutan dan duri tajam untuk menyelamatkan diri namun dakwanya jumlah kumpulan samseng itu yang ramai telah berjaya menjatuhkannya di hadapan Temple Sing.

“Orang-orang Parti (Umno) P166 parlimen Wilayah Persekutuan Labuan Malaysia memukul saya tanpa belas kasihan, hanya kerana menegur (akan) memviralkan apa saja kesalahan silap pentadbiran kerajaan Wilayah Persekutuan Labuan,” tulisnya.

Read more here



Comments
Loading...