BOLEHKAH MAHATHIR DIPERCAYAI? (SIRI 2): Ikhlaskah Mahathir menentang BN?
DARI SUDUT LAIN
Persoalan ikhlas adalah persoalan hati. Tiada siapa tahu melainkan Allah. Akan tetapi, kita boleh persoalkan sejauh mana Dr Mahahir benar-benar jujur mahu menjatuhkan BN dalam PRU14 akan datang, atau sekadar mahu menjatuhkan seterunya Najib.
Sebelum kita pergi lebih lanjut, perlu dikenali dahulu watak Dr Mahathir yang sebenar. Mengikut rekod, Dr Mahathir merupakan orang yang paling banyak menjatuhkan individu-individu yang menghalang cita-citanya. Antara yang pernah dijatuhkan adalah Tunku Abdul Rahman, Tun Hussin Onn, Tengku Razaleigh, Tun Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan juga Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kesemua mereka asalnya adalah rakan seperjuangannya ketika di dalam Umno. Jika dikaji, kesemua mereka dijatuhkan kerana menghalang kuasa Mahathir atau cita-citanya untuk berkuasa.
http://www.tv14.my/2015/04/14/mahathir-bergaduh-dengan-semua-pm-malaysia-kecuali-satu/
Mengikut sejarah, Mahathir bukan sahaja pernah menjatuhkan individu di dalam Umno, malah pernah menyebabkan Umno diharamkan sama sekali! Perebutan kuasa antara Ku Li dan Dr Mahathir tahun 1987 menyebabkan Dr Mahathir sanggup menggunakan cara kotor yang bercanggah dengan undang-undang dan moral. Hal ini menyebabkan mahkamah mendapati pemilihan yang memenangkan Dr Mahathir didapati tidak sah dan mahkamah memerintah agar Umno diharamkan.
https://ms.wikipedia.org/wiki/UMNO_11
Dr Mahathir segera mendaftarkan parti baharu dinamakan sebagai Umno-Baru pada tahun 1988. Ahli pertamanya adalah Dr Mahathir sendiri. Implikasi daripada pengharaman Umno itu menyebabkan segala aset atas nama Umno dan juga projek dibekukan dan tidak dapat digunakan. Menyedari hal ini, Dr Mahathir menetapkan Umno-Baru supaya harta tidak lagi disimpan atas nama Umno, sebaliknya melantik beberapa individu sebagai proksi Umno yang memegang harta Umno.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/19/rpk-sudahkah-mahathir-pulangkan-rm100b-aset-umno/
Maka di era Dr Mahathir lah muncul syarikat-syarikat kroni seperti YTL, Berjaya Group, Kumpulan Bukhary, Binariang dan UEM. Mereka adalah kroni kepercayaan Dr Mahathir yang kononnya proksi atau mungkin memegang harta Umno, dan mengagihkannya kepada Umno ketika diperlukan.
http://sarawakvoice.com/2016/11/24/mahathir-hendak-selamatkan-malaysia-atau-kroni-dan-keluarga/
Dr Mahathir seterusnya memperkenalkan dasar penswastaan. Kononnya supaya kualiti pembangunan Malaysia lebih berdaya saing, tetapi hakikatnya projek-projek berskala besar hanya diberikan kepada beberapa pihak yang menjadi kroni dan keluarganya sahaja.
DASAR PENSWASTAAN MAHATHIR PUNCA MASALAH SEKARANG – KHALID IBRAHIM
Apabila Mahathir ditekan untuk turun dari Presiden Umno, beliau hanya melepaskan jawatan rasminya sahaja. Tetapi di sebalik itu beliau masih memegang syarikat-syarikat kroninya. Oleh kerana itu dia berjaya menekan Abdullah Badawi untuk turun dengan mudah. Hanya sekat wang kepada Umno sahaja!
Namun Najib cuba keluar dari cengkaman Mahathir. Secara terancang beliau menubuhkan 1MDB, bagi mengambil alih semua projek-projek gergasi yang sebelum ini diberikan kepada beberapa syarikat kapitalis sahaja. Beliau turut mencari sumber lain selain dari kroni-kroni Mahathir. Sebab itu kita tidak perlu hairan kenapa ada Pak Arab yang didakwa menyalurkan derma 2.6 billion ke Akaun Najib Tun Razak.
Tindakan Najib menggugat kestabilan empayar DrbMahathir. Itu belum lagi diceritakan kisah disebalik kekayaan luar biasa anak-anak DrnMahathir iaitu Mirzan, Mokhzani, Mukhriz, dan Marina. Oleh kerana itulah Mahathir mengamuk sakan. Tidak munasabah dengan umurnya yang sudah tua hampir mencecah 100 tahun mahu sibuk berpolitik sehingga mengandaikan diri masih layak untuk menjadi Perdana Menteri!
https://www.malaysiakini.com/news/384799
Namun masih ada yang berpendapat, apa salahnya Dr Mahathir jadi PM kembali, asalkan Najib berjaya dijatuhkan. Dr Mahathir lebih baik daripada Najib. Untuk menjawab persoalan ini, kita bincang pada siri ketiga pula.