MELAYU TIDAK TAHU BERBAHASA MELAYU BAKAL PRESIDEN SINGAPURA


DARI SUDUT LAIN

Bermula tahun hadapan, Singapura bakal beroleh Presiden dari bangsa melayu kembali. Ia adalah kali kedua sejak hampir 50 tahun lepas, di mana jawatan itu disandang oleh Yusof Ishak.

Mungkin ramai yang menganggap ini bukti bahawa parti PAP yang menerajui kerajaan adalah bersikap terbuka dan tidak caunivis seperti yang didakwa. Namun hakikatnya, perlantikan presiden dari kalangan bangsa melayu adalah tuntutan undang-undang negara itu sendiri. Menurut pindaan terbaru Perlembagaan Singapura, perlantikan Presiden hendaklah mengikut model Hiatus-Triggered. Model tersebut memperuntukkan bahawa jawatan presiden perlu diduduki tanpa mengira kaum. Akan tetapi sekiranya satu-satu kaum itu tidak menjadi Presiden selama enam penggal berturut-turut, maka kaum tersebut perlu dilantik sebagai presiden akan datang.

http://m.todayonline.com/singapore/govt-will-adopt-hiatus-triggered-model-ensure-minority-representation-presidency

http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/next-presidential-election-to-be-reserved-for-malay-candidates-p-7719928

Presiden pertama Singapura adalah Tun Yusof Ishak, yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Gabenor Singapura ketika negara itu masih di dalam Malaysia. Selepas dari beliau, tiada lagi orang melayu di jawatan itu hinggalah sekarang.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pemisahan_Singapura_daripada_Malaysia

Walaupun Presiden adalah jawatan tertinggi di Singapura, namun secara pentadbirannya ia tidak sama dengan peranan Presiden Amerika syarikat. Hakikatnya kuasa Perdana Menteri Singapura jauh lebih besar. Jawatan Presiden hanya sebagai satu upacara dan adat sahaja. Bahkan kuasa pentadbirannya Presidennya jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan kuasa Yang Di Pertuan Agong Malaysia, yang memiliki bidang kuasa khusus berlainan dengan bidang kuasa Perdana Menteri.

Dan percaya atau tidak, jawatan Perdana Menteri Singapura tidak pernah diberikan kepada rang melayu walaupun sekali!

https://en.wikipedia.org/wiki/President_of_Singapore

https://en.wikipedia.org/wiki/Prime_Minister_of_Singapore

Satu lagi perkara menarik yang perlu diketahui adalah, salah seorang dari calon-calon Presiden Singapura (melayu) akan datang tidak fasih berbahasa melayu! Dalam satu temuramah, Salleh Merican, seorang usahawan terkenal Singapura tergagap-gagap hingga terpaksa diajar oleh wartawan yang menemurahamnya. Walaubagaimanapun, beliau berjanji akan membaiki mutu bahasa melayunya dan kini sudah mengikuti kelas bahasa melayu.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/18/bakal-calon-presiden-singapura-berusaha-baiki-bahasa-melayu/

Mungkin agak melucukan. Tetapi sedarkah kita bahawa orang tersebut bukanlah anak melayu yang tinggal di Eropah atau Afrika. Tetapi tinggal di negara Singapura sendiri bersama komuniti melayunya! Keadaan ini telah menimbulkan persoalan, apakah ini nasib anak melayu di Malaysia beberapa generasi akan datang, sekiranya anak butir PAP iaitu DAP berjaya memerintah Malaysia?

Itu baru bab bahasa. Belum lagi soal pemikiran, soal agama, soal budaya dan sebagainya. Pepatah ada mengatakan, takkan melayu hilang di dunia. Namun dari apa yang berlaku dewasa ini, masih adakah sinar untuk bangsa bertuah ini akan datang?

 



Comments
Loading...