EXCO, ADUN DAP SELANGOR LEBIH CENDERUNG KEPADA KERAJAAN PULAU PINANG DARI KERAJAAN SELANGOR


DARI SUDUT LAIN

Adalah menjadi suatu yang menjengkelkan, apabila program sambutan Aidil Fitri anjuran Kerajaan Negeri Selangor tidak dihadiri oleh exco-exco dan ADUN-ADUN dari DAP, sedangkan DYYM Sultan Selangor sanggup mencemar duli untuk hadir ke sana, sebagai Ketua Kerajaan Selangor. Sebaliknya exco-exco dan ADUN-ADUN DAP difahamkan memilih untuk hadir ke program Kerajaan Pulau Pinang yang dihadiri oleh Lim Guan Eng di Damansara.

Seperti diketahui umum, sikap DAP terhadap Institusi Raja memang amat buruk. Mereka masih terbawa-bawa idealisme PAP yang mahukan Institusi Raja dihapuskan dan Malaysia menjadi sebuah negara republik. Hal ini mudah difahami kerana Raja-raja berperanan besar dalam menjaga kedudukan agama Islam di negara ini dan juga kedudukan kaum melayu. Kedua-duanya adalah perkara yang menghalang cita-cita besar DAP untuk menguasai negara justeru mereka sentiasa berusaha ke arah membasminya.

DAP sebelum ini pernah melaungkan kembali gagasan Malaysian Malaysia, sebuah agenda yang dahulu dibawa oleh PAP yang menjadi punca krisis Kerajaan Singapura dan Kerajaan Persekutuan seterusnya membawa kepada keluarnya negeri tersebut dari Malaysia. Malaysian Malaysia adalah gagasan untuk menuntut kedudukan kesamaratan semua kaum dan etnik di Malaysia tanpa mengambil kira keistimewaan bumiputera yang menjadi penduduk asal tanah air ini.

https://www.roketkini.com/2017/03/13/mengapa-malaysian-malaysia/

DAP juga memiliki rekod buruk dengan Institusi Raja kebelakangan ini. Setiausaha DAP Batu Kawan, Satess Muniandy, pernah menghina sultan Johor di laman sosialnya. Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, juga pernah berlaku biadap pada Sultan Perak dalam isu kudeta 2008. Lim Guan Eng sendiri pernah mempertikai kuasa sultan sehingga menimbulkan polemik di dalam negara. Malah sultan Selangor juga menyebut DAP dan PKR juga sebagai biadap dan derhaka dalam isu Langkah Kajang yang lepas.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/11/06/satees-muniandy-apologises-for-post-against-johor-sultan/

http://www.sinarharian.com.my/politik/nga-kor-ming-hina-negeri-perak-dan-institusi-raja-zambry-1.10585

http://www.malaysia-today.net/guan-eng-malaysia-is-under-raja-raja-melayu/

Terbaru, tindakan Lim Kit Siang mengumumkan Husam Musa sebagai Menteri Besar Kelantan akan datang, juga jelas dilihat sebagai mencampuri urusan pihak istana. Hal ini disebabkan kuasa melantik MB adalah di tangan Sultan. Husam juga telah menjadi persona non grata di Kelantan apabila bukan sahaja PAS menolak dari menamakannya sebagai MB menggantikan Tuan Guru Abdul Aziz, tetapi Sultan turut menolak beliau dari jawatan exco negeri.

http://www.sinarharian.com.my/mb-kelantan-tuanku-tolak-nama-husam-1.157972

 



Comments
Loading...