KENAPA AZMIN MINAT KERUSI PEKAN?


DARI SUDUT LAIN

Setelah Azmin bersetuju keputusan tiga Exco PAS untuk terus kekal dalam kerajaan Selangor Mei lepas, tiba-tiba DAP dan PAN awal bulan lalu bersuara mempertikaikan pendirian beliau itu. Walhal ia telah turut diakui oleh Presiden PKR sendiri Dato Seri Wan Azizah melalui mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu. Pertikaian tersebut ekoran dari jawapan Azmin terhadap soalan wartawan mengapakah tidak semua anggota komponen PH berada dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Azmin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor adalah diterajui oleh PR sebagaimana mandat yang diberikan oleh rakyat.

Baca:

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/06/azmin-ali-pakatan-rakyat-govt-to-fulfil-last-ge-mandate/

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/07/06/lge-to-azmin-ali-no-more-pakatan-rakyat-but-pakatan-harapan/

https://www.nst.com.my/news/politics/2017/07/256185/azmin-must-clarify-stand-pakatan-rakyat-selangor-says-pan-strategy

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/24/pkr-restui-cara-azmin-kekalkan-exco-pas-di-selangor/

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/6620/

Walaupun sanggup melawan arus PH, Azmin tetap mempertahankan PR sebagai peneraju sebenar Kerajaan Negeri Selangor. Hal ini kerana mengikut koalisi PR, PAS merupakan salah satu parti yang menganggotainya. Berbeza dengan PH, PAS tidak bersama tetapi digantikan dengan anggota baharu PAN dan PPBM. Justeru kedegilan Azmin membuktikan beliau sememangnya mengharapkan sokongan PAS dalam mempertahankan kedudukan beliau sebagai MB.

Ketika krisis Kajang Move di Selangor yang telah menumbangkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan MB, PAS menghantar tiga nama cadangan sebagai MB baharu walaupun tidak bersetuju MB Selangor itu digulingkan dengan rancangan yang tidak bermoral itu. Salah seorang yang dicadangkan adalah Azmin Ali, sedangkan PKR dan DAP berkeras dengan cadangan satu nama sahaja iaitu Dato Seri Wan Azizah sehingga melanggar perintah Sultan yang telah menitahkan setiap parti menghantar tiga nama.

Baca:

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/05/istana-sahkan-pas-hantar-3-nama/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/09/08/sultan-selangor-murka-pkr-dan-dap-hantar-satu-nama/

Berdasarkan situasi ini, kita boleh melihat bahawa kekuatan Azmin yang sebenarnya terletak pada PAS. Tanpa PAS, pasti Azmin tidak boleh bertahan lama sebagai MB. Beliau pasti akan digantikan dengan calon-calon lain terutama dari kartel Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution yang ada dalam PKR, yang sememangnya mahukan jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri paling kaya di Malaysia itu.

Oleh sebab itu juga, kita boleh melihat kenapa Azmin Ali mengelak dari bertanding di Tanjung Karang apabila dicabar oleh pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar. Beliau sebaliknya menjawab mungkin akan bertanding di Pekan, Pahang yang disandang oleh Dato Seri Najib Tun Razak. Beliau menunjukkan minat kepada kerusi negeri lain lebih daripada negeri sendiri. Hal ini menunjukkan bahawa beliau sudah merasa goyah untuk mengekalkan sokongan di Gombak selepas PAS mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan tahaluf bersama PKR. Nampaknya jika tiada jalan lagi untuk Azmin menumpang PAS dalam PRU14 nanti, pasti dia tidak akan mempertahankan Parlimen Gombak itu.

Baca:

http://www.sinarharian.com.my/video/noh-cabar-azmin-bertanding-di-tanjong-karang-1.699148

http://www.sinarharian.com.my/politik/saya-cuma-minat-kerusi-pekan-azmin-1.697702

Kenapa beliau memilih Pekan? Boleh jadi kerana beliau sudah tiada kekuatan dalam PKR lagi. Lebih tepat, PKR sendiri sudah hilang kekuatan tanpa jentera PAS. Beliau tahu beliau kemungkinan besar boleh kalah, justeru daripada kalah dengan calon PAS atau UMNO di Gombak atau Noh Omar di Tanjung Karang, lebih baik beliau kalah dengan orang paling besar dalam BN. Barulah dibilang kalah sebagai hero.

Persoalan yang perlu dijawab juga adalah, di mana pula DUN yang akan beliau tandingi? Apakah mahu kekal di DUN dalam Negeri Selangor atau berhijrah ke negeri lain juga? Apakah jika beliau mampu menang di Selangor, beliau mampu untuk menjadi MB sekali lagi? Apakah PAS akan beri laluan sekali lagi? Apakah PH juga akan memberi laluan? Apakah Sultan akan memperkenan?

 



Comments
Loading...