LAPORAN POLIS TERHADAP YAB DATO SERI ZAHID HAMIDI DAN KETUA PENGARAH JABATAN PENDAFTARAN NEGARA YANG MELANGGARI AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI


KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Saya telah membuat laporan polis pada jam 10:46 malam tadi di ibu pejabat polis dang wangi, kuala lumpur terhadap YAB Dato Seri Zahid Hamidi (Timbalan Perdana Menteri) dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang telah menyalahguna kuasa  di bawah Personal Data Protection Act.

YAB Timbalan Perdana Menteri serta Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara tidak menghormati undang-undang sepertimana tertakluk di bawah perlembagaan persekutuan negara.

Tindakan jahat mereka berdua yang menggunakan data peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad pada pentas politik secara terbuka adalah jelas bercanggah dengan akta perlindungan data peribadi.

Sebagai timbalan perdana menteri yang menjawat jawatan menteri dalam negeri; beliau  tidak sepatutnya bertindak secara kebudak-budakan sedemikian rupa!!

Malahan tindakan YAB Dato Seri Zahid Hamidi dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ini adalah keterlaluan kerana mereka berdua sepatutnya memahami dan menghormati keluhuran undang-undang negara.

Data-data peribadi warganegara Malaysia tidak boleh dipersendakan atau dizahirkan kepada umum khususnya di dalam proram politik.

Ini juga menunjukkan yab timbalan perdana menteri malaysia dan ketua pengarah jabatan pendaftaran negara bersikap  samseng serta meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri!!

Ketua Setiausaha Negara (KSN) harus mengambil tindakan tatatertib terhadap ketua pengarah jabatan pendaftaran negara yang telah menyalahguna data peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad bagi kegunaan program politik.

Secara etikanya, seorang penjawat awam tidak boleh berkonspirasi dengan orang politik untuk salahguna data peribadi yang tertakluk di bawah akta perlindungan data peribadi.

Pihak penguatkuasa undang-undang negara mesti siasat YAB Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran negara secara telus, adil serta saksama bagi melindungi hak seseorang rakyat itu.

Ini merupakan perbuatan jenayah yang disengajakan dan tidak harus berulang kembali kerana ianya bakal menghakis keyakinan rakyat pada institusi-institusi kerajaan.

 



Comments
Loading...