SURAT TERBUKA KEPADA KETUA UMUM PAKATAN HARAPAN


Datuk Seri Anwar Ibrahim,
c/o Penjara Sungai Buloh,
KM 20 Sungai Buloh,
47000 Sungai Buloh,
Selangor.

30 Julai 2017.

Yang Berbahagia Datuk Seri,

Saya menyambut baik seruan Datuk Seri hari ini untuk memberi ruang untuk Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meningkatkan perjuangan reformasi yang dimulakan oleh Datuk Seri belasan tahun dahulu.

Tetapi, saya mempunyai hak untuk mendapat kepastian bahawa Tun Dr Mahathir ialah seorang yang jujur, bukan pemfitnah dan hanya berjuang untuk kepentingan diri ataupun untuk kepentingan keluarga dia.

Oleh itu, saya harap Datuk Seri boleh menjawab sama ada tuduhan yang kerap kali dibuat secara umum oleh Tun Dr Mahathir bahawa Datuk Seri ialah seorang yang tidak bermoral dan telah kerap-kali berzina, meliwat dan saling beronani sesama lelaki adalah benar atau tidak.

Jika Tun Mahathir, sebagai pengerusi Pakatan Harapan, telah menabur fitnah kepada Datuk Seri dan enggan memohon maaf, saya pasti ramai yang akan rasa sukar untuk menyokong gabungan politik yang dipimpin oleh seorang pemfitnah tegar seperti beliau.

Saya meminta jasa baik Datuk Seri untuk memberi kepastian, serta mengungkapkan dan menanggapi semua keraguan saya.

Terima Kasih.

LSS,
Seorang pengundi untuk PRU14

 



Comments
Loading...