Tun M dakwa Zahid pernah ada RM230 juta dalam akaun
(Malaysia Gazette) – “Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.
Nampaknya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus dituduh macam-macam selepas kes beliau mengungkit keturunan Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M).
Walaupun gelaran itu sebelum ini dipakai oleh puak pembangkang tetapi kini mereka menggunakannya semula sebagai senjata menghentam Timbalan Perdana Menteri itu.
Semalam, Tun M mendakwa Ahmad Zahid kononnya ada meminta restunya ‘menjatuhkan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini beliau ada dakwaan baharu.
Dalam entri terbaharunya, Tun M berkata, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Ahmad Zahid didakwanya ada RM230 juta dalam akaun
“Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.
“Apabila saya tanya dari mana ia perolehi RM230 juta yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas,” dakwa Tun M.