Dr Mahathir: America akan campur tangan PRU14


The White House
Office of the Press Secretary

Statement from the Press Secretary on the Visit of Prime Minister Najib Abdul Razak of Malaysia

President Donald J. Trump will welcome Prime Minister Najib Abdul Razak of Malaysia to the White House on September 12.  President Trump looks forward to celebrating the 60th anniversary of United States-Malaysia bilateral relations and discussing ways to strengthen and broaden our bilateral relationship and expand regional cooperation with one of America’s closest partners in Southeast Asia.

*************************************************************

(FMT) – Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan Amerika Syarikat (AS) akan campur tangan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bekas perdana menteri itu berkata demikian susulan laporan mengenai pertemuan Datuk Seri Najib Razak dengan Donald Trump yang dijadualkan berlangsung di White House pada 12 September ini, ketika Jabatan Kehakiman AS (DoJ) berusaha merampas harta dan aset mewah yang didakwa dibeli menggunakan dana dicuri daripada syarikat milik kerajaan Malaysia, 1MDB yang ditubuhkan Najib.

“Jika Trump mahu terbabit dalam pilihan raya kita, beliau boleh berbuat demikian dengan memberi kelulusan kepada individu yang DoJ sifatkan sebagai pencuri dan kleptokrat,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu kepada wartawan di kompleks mahkamah Istana Kehakiman, hari ini.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan Najib mahu menjalin persahabatan dengan Trump, ketika pihak berkuasa AS giat menyiasat dakwaan rasuah melibatkan pentadbiran Malaysia.

WSJ memetik sumber yang rapat dengan Najib sebagai berkata, lawatannya ke White House adalah sebahagian daripada usaha supaya penyiasatan lebih lanjut tidak dilakukan pihak berkuasa AS.

Kenyataan White House berkata, Trump berharap dapat “berbincang kaedah memperkukuhkan dan memperluaskan hubungan dua hala kami dan meluaskan kerjasama serantau bersama salah satu rakan kongsi AS yang paling rapat di Asia Tenggara”.

DoJ sebelum ini memfailkan saman sivil untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$1.7 bilion yang menurutnya dibeli menggunakan dana dilarikan daripada 1MDB.

Hubungan AS-Malaysia merosot sedikit tahun lalu selepas DoJ memfailkan saman mengenai skandal 1MDB, menyebabkan Najib memperkukuhkan hubungan dengan China.

Hubungan kedua-dua negara bertambah baik di bawah pentadbiran bekas presiden Barack Obama, yang menjadi presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh 50 tahun pada 2014.

AS menganggap hubungan dengan Malaysia penting dalam usaha mengekang kemaraan China di Asia Timur.

 



Comments
Loading...