SARAWAK REPORT GAGAL MENGEMUKAN PEMBELAAN


Clare Rewcastle Brown a.k.a. Sarawak Report gagal memfailkan pembelaan untuk membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membayar Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta di United Kingdom (UK) pada jam 4.00 petang semalam, 30hb Ogos 2017. Beliau memohon kepada Mahkamah untuk tempoh lanjutan masa tetapi Hakim menolak permohonan beliau. Oleh itu, kes tersebut akan di teruskan pada Oktober 2017.

THE THIRD FORCE

Pada jam 4.00 petang, masa United Kingdom (UK), Ketua Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, gagal mengemukan bukti kepada Mahkamah di London bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menyogok Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebanyak RM90 juta. Kegagalan beliau untuk berbuat demikian melanggar perintah Mahkamah bertarikh 2 Ogos 2017 (lihat di bawah) yang memerlukan beliau untuk memfailkan serta mengemukan pembelaan beliau mengikut tarikh yang ditetapkan.

Imbasan secara ringkasnya, Clare telah disaman di atas artikel terbitan Editorial Sarawak Report yang mendakwa bahawa Najib menyogok Hadi sebanyak RM90 juta untuk mendapatkan faedah politik. Presiden PAS meminta peguam beliau di United Kingdom (UK) untuk menghantar surat kepada Claire sebanyak 3 kali menuntut permohonan maaf ke atas tuduhan palsu tersebut namun tiada satu pun jawapan di terima.

Ia tidak di jawab kerana Clare sememangnya tidak mahu berkerjasama dan tiada bukti yang kukuh di atas tuduhan beliau, mengabaikan surat –  surat tersebut dan memberitahu Hakim bahawa dia menerima berpuluh-puluh surat seperti itu, namun tiada yang berakhir dalam gelanggang Mahkamah. Awal hari ini, dia memohon kepada Hakim untuk memberikan lanjutan untuk mengemukakan kes beliau terhadap Hadi tetapi ia ditolak.

Walaupun mempunyai masa yang mencukupi sejak setahun lalu untuk mengumpul bukti-bukti terhadap tuduhan beliau, Clare gagal untuk mengemukannya walau sedikit, bermakna segala dokumen yang di dakwa di miliki olehnya yang mengandungi pelbagai salah laku Najib adalah palsu semata-mata. Hakim mungkin tahu bahawa, maksud saya, jika memang dokumen tersebut tulen, mengapa beliau begitu keberatan untuk mengemukannya? Tidakkah dengan mengemukakan ‘bukti-bukti’ akan meyakinkan Hakim bahawa Najib adalah seorang yang tidak mulia yang mampu merasuah seseorang seperti Hadi ?

Kegagalan beliau untuk berbuat demikian sebenarnya menunjukkan bahawa dia mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi bagi sebuah negara yang berdaulat. Dan sekarang, apabila arus berlawanan dengan kehendaknya, dia cuba untuk mengheret perbicaraan melepasi pilihanraya umum ke-14 dengan memohon lanjutan daripada Hakim. Tetapi Hakim dengan lebih atau kurang memberitahu beliau segalanya sudah berlalu.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...