BAGAI MELUDAH KE MUKA SENDIRI, TERIMA KASIH CAI…
mykmu.net
Kadang-kadang kasihan melihat telatah Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini. Entahkan diperguna, atau memang dirinya sendiri, kenyataan demi kenyataannya sudah menjadi cemuhan rakyat yang rasional, terkecuali pentaksub-pentaksub yang menempel persis parasit yang bergantung kepada perumahnya.
Memilih untuk tidak lagi menjadi Dr. Mahathir yang kita kenali, permainan media pentaksubnya saban hari membuka aib mantan presiden UMNO itu.
Sungguhpun kita sering meletakkan harta dan kemewahan sebagai sesuatu yang peribadi dan berstatus “rezeki”, kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Dr. Mahathir jelas telah menjadi ibarat “menepuk dulang di air, terpercik ke muka sendiri”. Tahniah kepada pentaksubnya, yang membuktikan bahawa kata-kata Dr. Mahathir hanyalah sandiwara, tidak lebih dari itu.