Clare Brown dan Suami Curi Duit Pembayar Cukai – The Third Force


(Suara TV) – The Third Force (TTF) adalah sebuah blog propaganda, kata Clare Rewcastle Brown.

Menurut Ketua Editor Sarawak Report itu, TTF “bukan sebuah portal berita, tetapi sebuah blog propaganda yang selalu menyebarkan fitnah yang tidak sepatutnya dipetik oleh mana-mana akhbar.” Ironinya, wanita ini memilih untuk menyuarakan kemarahannya melalui Free Malaysia Today (FMT), sebuah portal yang dikendalikan oleh Nelson Fernandez yang menerima RM12 juta daripada John Soh antara tahun 2009 dan 2014.

Lebih ironi lagi adalah hakikat bahawa artikel itu ditulis oleh Nawar Firdaws, seorang kolumnis FMT yang dilihat menari secara intim dengan DAP Zairil Christopher dalam beberapa gambar di sebuah bar di kawasan Hartamas. Walaupun dakwaan berulang kali oleh blogger dan penulis bebas tentang hubungan sulit itu, FMT dan DAP kekal berdiam diri dan bertindak sehingga menapis sebarang laporan yang ada menyebut nama Zairil selama beberapa hari.

Tidakkah ini menunjukkan betapa tidak boleh dipercayai dan tidak bermoralnya FMT? Dan adakah ianya satu kebetulan bahawa Nawar, yang telah didakwa menggoda seseorang yang dikenali sebagai pembela dan penyokong Lim Kit Siang, adalah pilihan ‘wartawan’ Rewcastle untuk menyerang TTF?

Tetapi, editorial FMT bukanlah sesuatu yang mengejutkan saya. Lagipun, hanya satu portal berita palsu yang diperlukan untuk mengetahui portal berita palsu yang lain, yang mana menerangkan sebab mengapa FMT selalu memuatkan dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report, termasuk dakwaan yang terkenal di mana Rewcastle ‘mengejek’ presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang kerana gagal untuk menyamannya.

Artikel tersebut, yang diterbitkan oleh FMT pada 8 April 2017 (http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/04/08/wheres-your-suit-sarawak-report-editor-asks-pas/), memetik wartawan British yang memalukan itu sebagai mengatakan bahawa PAS gagal menyamannya walaupun mengancam untuk berbuat sedemikian. Ketua Editor Sarawak Report merujuk kepada surat tuntutan yang dikeluarkan peguam United Kingdom (UK) Hadi ke atas portalnya pada 13 Disember 2016.

“Mereka mengancam untuk mendakwa saya dalam masa seminggu jika saya tidak melakukan banyak perkara pada pertengahan Disember … tetapi tidak melakukannya,” katanya.

Tetapi beliau mungkin bercakap terlalu awal.

Sembilan belas hari selepas mengeluarkan kata-kata berbaur sombong dan menyindir itu, Hadi meminta peguamnya untuk memfailkan saman fitnah terhadapnya dan Sarawak Report di Mahkamah Tinggi di London (http://www.thesundaily.my/news/2017/04/27/hadi-awang-sues-sarawak-report-editor). Saman itu adalah berkaitan dengan dakwaan yang dibuat oleh Sarawak Report bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak, telah meminta bantuan politik dari Hadi dengan menawarkan rasuah kepadanya sebanyak RM90 juta.

Saman itu sepatutnya menjadi ‘peluang seumur hidup’ Rewcastle untuk membuktikan apa yang telah dikatakannya selama ini, bahawa Perdana Menteri Malaysia adalah seorang penjenayah yang jahat dan mempunyai moral yang sudah korup, cukup untuk menawarkan rasuah hanya untuk mengetatkan cengkamannya ke atas kerajaan. Sebaliknya, beliau gagal mengemukakan bukti panas yang didakwa dimilikinya kepada Mahkamah London walaupun diberikan beberapa bulan untuk berbuat sedemikian.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...