DAP BAKAL BERKUBUR ANGKARA CENGKAMAN DUA BERANAK
1. Penguasaan dan cengkaman pengaruh dalam DAP oleh dua beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dilihat bakal menyebabkan parti itu berkubur. Ia ditambah dengan keangkuhan mereka yang sering menunjukkan sikap anti Islam serta memperlekehkan syariat. Malah, mereka juga biadab mempertikai pelbagai status quo negara ini terutama menyentuh berkaitan hak keistimewaan Bumiputera.
2. Penyakit dua beranak ini juga berjangkit di kalangan pemimpin DAP tertentu yang merasa sombong dengan kedudukan politik dipegang ketika ini. Apatah lagi kejayaan merantai kepatuhan rakan Pakatan Harapan (PH) terhadap kehendak dan desakan mereka. Dikuasakan pula dengan kemampuan mengikat bekas diktator yang pernah berkuasa selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad.
3. PAS yang gagal diproksikan DAP melalui agen-agen mereka (di mana kemudiannya menubuhkan PAN), kini dihadapkan serangan bertali arus termasuk menggunakan PPBM dan PKR. Namun, PAN, PPBM dan PKR tidak menggigit PAS seperti diharapkan menyebabkan DAP kini seperti dijangkiti virus ‘Rabies’. DAP akhirnya menzahirkan juga kerakusan dan nafsu besar mereka untuk berkuasa.
4. Lim Kit Siang dalam beberapa kenyataan terbarunya bukan sahaja dilihat telah mengabaikan PAN, malah langsung tidak mempedulikan pengaruh PPBM. Bahkan beliau secara terangan meminta dan menyebut pula kerusi-kerusi untuk DAP, sedangkan ia ditandingi PKR sebelum ini. Jelas Kit Siang sudah merasakan cukup berpengaruh dan menjadi penentu utama PH.
5. Terbaru Lim Guan Eng pula mendakwa PAS berisiko kehilangan Kelantan dalam PRU akan datang jika enggan menyertai Pakatan Pembangkang. Ungkapan itu ternyata angkuh dan berbaur ugutan kebudak-budakan. Jika Guan Eng merasakan bahawa PAS masih punyai sisi untuk diperkuda atau dimainkan, ingin ditegaskan bahawa seorang Mukmin tidak dipatuk dua kali dilubang yang sama.
6. Hakikatnya, dua beranak ini sedang dihantui oleh kebimbangan kehilangan Pulau Pinang serta sebahagian besar kerusi dimiliki sekarang. DAP ghairah menggalak wakil rakyat dari BN melompat parti, merasa sakit bila Adun sendiri menyeberang. Mereka menjulang wakil rakyat yang keluar parti menyertai mereka sebagai wira, tetapi melabel wakil rakyat sendiri pengkhianat bila keluar DAP.
7. DAP pengaruhi ahli parti lain untuk sanggahi ketuanya, sedangkan mereka sendiri segera pecat ahli DAP yang mengajukan kritikan. Ketika DAP sibuk pihak lain akan hilang kekuatan, DAP sendiri terlebih dahulu menghadapi satu persatu kehilangan kekuatan apabila pemimpin, wakil rakyat dan ahlinya terutama di Sabah dan Melaka bertindak keluar daripada parti Cauvinis itu.
8. Kini, dua Lim sedang meredakan ketegangan porak peranda yang berlaku dalam DAP dengan menyerang PAS dan mengganggu rakan parti PH sendiri. Mereka mulai menghidu bahawa formula gabungan menerusi PH tidak menjamin kemenangan, malah dikhuatiri terdedah kepada pelbagai pengkhianatan. DAP terpaksa bergelut dengan pelbagai akibat dari kejahatan yang mereka rencanakan dahulu.
“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”
YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia