500 Hospital, 2.2 Juta Rumah Kos Rendah Dan Bonus RM862 Ribu Peneroka Felda Jika BNM Tidak Main Forex


(Malaysian Digest) – Kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) akibat dagangan mata wang asing bernilai RM32.5 bilion bersamaan RM100 bilion nilai pada tahun ini, kata blogger Lim Sian See.

Ujarnya, jumlah berkenaan lebih besar daripada dakwaan kerugian dialamai 1MDB bernilai RM19 bilion oleh Pakatan Harapan.

Menurut kenyataan Pakatan Harapan semalam, ‘kerugian’ RM19 bilion 1MDB boleh membiayai projek kerajaan membina 100 hospotal baru, 460,000 rumah kos rendah, bantuan bulanan RM1,500 kepada 166,000 ibu tunggal, bonus RM172,000 kepada 112,500 peneroka Felda disamping memberikan biasiswa kepada pelajar miskin.

“Saya terkejut Pakatan tidak lagi kisah dengan kerugian RM32.5 bilion pada awal 1990-an yang bernilai RM100 bilion pada hari ini hilang selama-lamanya.

“Jika RM100 bilion itu tidak hilang, kerajaan boleh menggunakannya untuk membina 500 hospital baru, terutama di kawasan pedalaman, 2,250,000 rumah kos rendah, 166,000 ibu tunggal boleh menerima bantuan RM7,500 selama tujuh tahun, setiap 112,500 peneroka Felda boleh diberikan bonus RM862,000 dan biasiswa kepada pelajar miskin boleh dilipatganda sebanyak 5 kali,” ujar LSS.

Jelasnya, bukan sahaja pakatan pembangkang tidak lagi berminat akan isu kerugian BNM yang sebelum ini didakwa berpunca daripada kegagalan urustadir Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, dakwaan terhadap 1MDB juga berubah dengan nilai ‘kerugian’ turun daripada RM55 bilion kepada RM42 bilion dan kini RM19 bilion.

“Tetapi semenjak mereka menyanjungi Mahathir, Pakatan kini senyap terus mengenainya dan tidak lagi kisah akan (siasatan) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) megnenai Skandal Forex BNM,” katanya.

Mengenai 1MDB, LSS menjelaskan bahawa syarikat pelaburan kerajaan itu masih dalam peringkat awal dan lambat laun akan menjadi sebuah syarikat yang menguntungkan – berbeza dengan skandal forex yang menyebabkan BNM rugi RM32.5 bilion dan tidak lagi boleh dikembalikan.

“Tidak seperti 1MDB yang telah menbina 8 pangkalan tentera, meninggalkan legasi di TRX dan Bandar Malayaia, menyelesaikan perjanjian berat sebalah IPP untuk menjimatkan RM200 bilion, memberikan puluhan ribu biasiswa dan (tajaan) jemaah Haji dan bakal membawa keuntungan kepada Malaysia, skandal BNM RM32.5 bilion Mahathir tidakmembawa sebarang manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya lagi.



Comments
Loading...