Jangan Bagi Cina Pijak Kita, Kata Adik Naib Presiden PPBM
(Suara TV) – Adik kepada Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman (GAMBAR) hari ini mencetuskan kontroversi apabila meminta pemimpin parti itu berhati-hati dalam meraih sokongan pengundi Cina.
“Dalam usaha kita nak turunkan Najib. Dalam masa yang sama, jangan bagi Cina pijak kita. Tak perlulah memuji sang Cina dalam kalangan kita.
“Cina yang sepatutnya merayu kepada Melayu…. Ini bumi Melayu,” kata Hamizura Osman menerusi kenyataan di Facebook pagi tadi.
Kenyataan yang dianggap rasis itu mengundang pelbagai reaksi penyokong pembangkang.
Mengulas satu komen yang menyokong kenyataan tersebut, Hamizura mengakui beliau menyokong pakatan PPBM dengan parti Cina (DAP) namun menentang sikap merayu-rayu pemimpin Melayu pada Cina.
“Bagus bergabung dengan cina.. Tapi perlu di ingat.. Jangan bagi Cina pijak kita… Jangan nak memuji dan memuja sangat Cina ni.. Mereka yang perlu memujuk dan merayu,” katanya.
Bagaimanapun Hamizura meminta maaf pada sebelah petangnya ditegur pemimpin parti itu.
“Status saya tentang Cina tadi… Ramai pemimpin Melayu (dalam PPBM) yang PM (mesej) tepi saya… baik boss… Saya minta maaf.. Lepas ni saya tak akan usik tentang cina lagi… So sorry,” tulisnya.