⁠⁠⁠(SIRI 6) BOLEHKAH MAHATHIR DIPERCAYAI?


MAHATHIR DAN DAP SECOCOK

DARI SUDUT LAIN

Walaupun sejarah mengenali Dr Mahathir adalah musuh kepada DAP, tetapi hakikatnya kedua pihak ini memiliki banyak persamaan. Persamaan ini membuat mereka mudah untuk serasi bersama. Oleh kerana itulah mereka tidak mempunyai masalah untuk berada dalam satu kapal kini.

Persamaan yang paling jelas antara keduanya adalah sikap anti Islam dan anti Raja-raja Melayu. Berkenaan anti Islam, mungkin ramai yang agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jika diimbas kembali, beliaulah yang mempopularkan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam kerajaan. Beliau juga yang mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dalam satu perhimpunan parti GERAKAN suatu ketika dahulu.

Tetapi hakikatnya, beliau melakukan semua itu bertujuan ‘kosmetik’ untuk mengekang pengaruh PAS yang semakin membesar dengan agenda perjuangan Islamnya. Bahkan tindakan membawa Anwar Ibrahim menyertai Umno dan menawarkan jawatan tinggi adalah sebahagian rancangan tersebut kerana beliau tidak mahu Anwar menyertai PAS, selepas beberapa orang pimpinan ABIM menyertainya terlebih dahulu.

Anwar boleh dikatakan seorang tokoh yang berpengaruh antara tempoh antara 70-an dan 80-an sebagai seorang aktivis mahasiswa. Ironinya beliau antara yang lantang mengkritik kepimpinan Dr Mahathir sebelum menyertai UMNO. Tetapi sikapnya terus berubah selepas menyertai UMNO. Bahkan didakwa menjadi dalang melindungi salah laku Mahathir.

http://aidc-editor.blogspot.my/2008/11/anwar-ibrahim-ke-mana-haluan-perjuangan.html

https://www.thethirdforce.net/anwar-lied-at-the-rci-hearing/

Sebenarnya, pada zaman Mahathirlah kedudukan Islam dalam negara ini terancam. Sebagai pemimpin negara bermajoriti Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kata-kata yang menghina Islam dan syariatnya. Malangnya beliaulah paling lantang mengkritik syariat Islam sejak dahulu, sebagai respon terhadap perjuangan PAS yang mahu menegakkan syariat Islam.

http://www.blogmazeer.com/2016/03/koleksi-kenyataan-tun-mahathir-menghina.html

Tidak cukup dengan itu, di zaman beliaulah penghantaran pelajar-pelajar dari Sekolah Agama Rakyat (SAR), Maahad Tahfiz dan Pondok ke Universiti Al-Azhar, Mesir, telah disempitkan. Pada tahun 2000, kerajaan telah memperkenalkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Kesannya selepas itu, Al-Azhar tidak lagi mengiktiraf sijil-sijil SAR, Maahad Tahfiz dan Pondok, termasuk institusi pendidikan Islam yang sebelumnya ada kerjasama atau MoU dengan Al-Azhar. Kerajaan Malaysia pimpinan Mahathir mendesak hanya pemegang sijil STAM sahaja diterima.

Perkara ini terus berlanjutan apabila kerajaan Malaysia mula menetapkan bahawa mereka yang dibenarkan oleh kerajaan sahaja boleh melanjutkan pelajaran. Tidak lagi seperti dahulu di mana pelajar yang memiliki sijil agama mengikut ketetapan Universiti Al-Azhar bebas untuk berdaftar dan menjalani penilaian terus oleh universiti, tanpa perlu disaring oleh kerajaan. Hal ini dipercayai kerana kebanyakan graduan Al-Azhar dan univeristi Timur Tengah yang lain didapati menentang pemerintahannya.

https://aimstam.wordpress.com/info-stam/

Sikap anti beliau terhadap Islam yang tulen terserlah apabila beliau membela seorang berpemikiran anti-hadis bernama Dr Kassim Ahmad. Dr Kassim Ahmad adalah orang yang menolak hadis Nabi dan yang terakhir berpandangan tiada syahadah atau persaksian ke atas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dalam kalimah syahadah.

Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995 telah mengharamkan buku Kassim Ahmad bertajuk ‘Hadis: Satu Penilaian Semula’. Malangnya Mahathir mempertahankan beliau dan menuduh orang yang menentangnya sebagai tidak mampu berhujah. Perkara ini dijelaskan Dr Mahathir selepas Majlis Pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak pada 18 Februari 2014:

“Dia dilabelkan sebagai anti hadis sebab orang tidak boleh jawab apa yang dikata.Kita lihat di sini label digunakan sebagai alat untuk mematahkan pendapat orang lain.”

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dr-mahathir-pertahan-kassim-ahmad-sindir-pihak-buat-laporan-polis-30370

http://malaysianreview.com/41456/sebab-kenapa-kassim-ahmad-sesat/

https://www.malaysiakini.com/news/202110

Sehingga hari ini, Dr Mahathir masih dengan sikapnya yang sama. Beliau antara yang menolak pindaan Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS. Kenyataan terbarunya masih menghina hukuman hudud yang disyariatkan Allah di dalam Al-Quran.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/08/ruu-355-hadi-pecah-belah-orang-islam-kata-mahathir/

https://www.youtube.com/watch?v=6OyHaOgkKAg

Berkenaan anti Raja-raja Melayu pula, Mahathir terkenal sebagai dalang yang mencetuskan Krisis Perlembagaan 1983 dan kemudiannya 1993. Pada tahun 1983 kuasa Yang DiPertuan Agong dalam meluluskan sesuatu akta yang digubal oleh Parlimen telah terhakis. Pada tahun 1993 pula, satu usul dibawa oleh pihak kerajaan ke Parlimen untuk meminda peruntukan perlembagaan yang memberikan kuasa istimewa kepada Raja-raja dalam beberapa segi. Sejak peristiwa itu, Mahathir telah menjadi musuh kepada Raja-raja Melayu di seluruh negeri yang diketua oleh Raja.

Berkenaan dengan sikap DAP yang anti Islam dan anti Raja-raja Melayu tidak perlu dinyatakan lagi. Ia sudah diketahui umum. Namun sebagai rujukan, bolehlah dibaca pada tulisan yang terdahulu.

http://www.malaysia-today.net/undi-ph-undi-dap-undi-dap-undi-anti-islam-anti-melayu-dan-anti-raja/

 



Comments
Loading...