RCI DEDAHKAN PATRIOT TERBILANG
(Roslan Sms) – Sebut nama P. Kanason Pothinker saya pasti ramai tidak mengenalinya.
Akan tetapi bekas Pengarah dan Penolong Ketua Audit Negara bagi semua badan berkanun kerajaan Pusat dan Negeri di Pejabat Ketua Audit Negara ini seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang berhemah dan berdedikasi.
Beliau salah seorang saksi yang dipanggil untuk beri keterangan kepada Suruhanjaya Di Raja yang nenyiasat kerugian pelaburan matawang asing FOREX BNM. RCI ini telah tamat bersidang semalam.
Menurut laporan NST semasa memberi keterangannya Kanason dengan penuh emosi mengetuk-ngetuk meja dengan tangannya berulang kali sehingga diarah berhenti oleh salah seorang panel RCI.
Beliau berkata:
“Tidak. Saya tidak akan berhenti. Jika mereka dengar (nasihat) saya ketika itu saya yang kini berusia 78 tahun tidak perlu datang jauh-jauh ke sini untuk beri keterangan.”
Apakah yang terbuku di hati Kanason itu sehingga menganggu emosinya?
Rakyat Malaysia perlu tahu. Biar kita sedar kerajaan jenis apa yang memimpin kita dalam tempuh itu.
Kanason lah pegawai kanan yang diawal tahun 1990an mengesan kerugian pelaburan FOREX BNM ketika itu yang didapati tidak mematuhi peraturan Akta Bank Negara Malaysia.
Beliaulah yang mengambil inisiatif membawa penemuan ini ke perhatian Peguam Negara ketika itu Tan Sri Ainum Mohammed Saaiad yang kemudiannya menjanjikan akan memberi jawapan bertulis.
Malangnya menurut keterangan Kanason setelah tidak menerima jawapan bertulis beliau telah menghubungi semula Ainum dan apa kata Ainum:
“ORANG ATASAN CAKAP JANGAN CAMPUR TANGAN”
Inilah jawapan yang menganggu Kanason, 78 tahun sehingga hari ini walau telah bersara lebih dua dekad.
BNM kerugian RM31 bilion melalui transaksi yang menyalahi undang-undang namun ada pihak atasan kata: “JANGAN CAMPUR TANGAN”.
Siapakah ORANG ATASAN yang dimaksudkan oleh Ainum itu?
Rakyat Malaysia berhak tahu dan RCI perlu bongkar perkara ini dan syorkan kepada Yang Dipertuan Agong agar mereka yang curang ini segera didakwa.
Sebagai rakyat kebanyakkan saya juga ingin mengusul agar Tuanku mengurniakan darjah kebesaran sewajarnya ke P. Kanason Pothinker kerana ternyata beliau seorang patriot yang jujur dan telus, kebangaan Malaysia.
Dakwa kleptokrat dulu dan kini!