[VIDEO] Ugut Saman Rizal Mansor Selepas Pendedahan “Rafizi Bayar Rafizi”


(Malaysian Digest) – Naib Preseiden PKR Rafizi Ramli dengan nada marah menyatakan bersedia untuk menyaman Datuk Rizal Mansor diatas dakwaan menyeleweng sumbangan rakyat kepada badan kaji selidik pembangkang, Invoke, ke syarikat miliknya sendiri.

Menerusi video sidang media atas talian selama satu jam setengah, Rafizi yang juga Pengarah Invoke turut menyifatkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri itu sebagai bodoh.

“Walaupun sebelum ini saya tidak pernah menyaman sesiapa pun. Cakaplah apa pun, saya buat hubungan seks dengan lelaki, kucing ke, binatang ke, saya tak pernah saman.

“Contohnya, Papagomo paling banyak hentam saya tapi saya tak pernah saman walaupun fitnah-fitnah yang Papagomo buat seperti dakwaan saya dipecat dari Petronas kerana mencuri wang tuntutan perbelanjaan, dia kata saya gay dan sebagainya, saya tidak pernah saman.

“Kerana apa (saya tak saman)? Sebab Papagomo bankrap. Miskin. Bukan boleh buat dapat duit pun. Buang masa sahaja.

“Tetapi kali ini lain, kerana saya ingat Datuk Rizal Mansor ini ada back up kuat. Dia mempunyai wang dan mempunyai back up dan dokongan wang yang besar. Ya lah, dia tolong bawak beg Rosmah Mansor. Dalam tu berapa banyak wang? Beg itu sahaja kalau dijual boleh bayar saman kami,” kata Rafizi.

Read more and watch the video here

 



Comments
Loading...