DAP MAHU MEMADAM ISLAM SEBAGAI ADDEEN
Roslan Sms
Naib Pengerusi DAP Selangor yang juga EXCO Kerajaan negeri Dato Teng Chang Khim dilaporkan berkata:
“PAS melompat dalam isu pesta arak macam orang mabuk. Saya yang minum (arak), kenapa dia (pemimpin PAS) yang mabuk? Kenapa PAS hendak sibuk?”
Semakin hari semakin terserlah pekatnya permusuhan DAP terhadap PAS satu-satunya parti yang berjuang untuk mempertahan dan memartabatkan Islam di Malaysia.
Sebelum ini seorang lagi pemimpinnya Teresa Kok mempersenda peraturan aurat lelaki yang dikuatkuasa di Kelantan.
Mereka ini bukan orang awam. Mereka ini ahli dewan negeri dan rakyat iaitu bertaraf legislator yang sepatutnya memahami adat dan amalan rakyat Malaysia termasuklah yang majoriti yang menganut agama Islam.
Toleransi antara kaum dan agama mengukuhkan perpaduan rakyat dan mengekalkan kestabilan negara.
Tetapi apabila ada parti yang mula mencabar, mempersenda agama dan kepercayaan pihak lain apa lagi yang melibatkan Islam iaitu agama anutan majoriti rakyat negara ini maka mereka mencetuskan ketegangan dan anasir meruntuhkan kestabilan negara.
PAS sibuk dalam isu arak ini kerana mewakili suara dan bantahan umat Islam. Kenapa Teng tak kata mengapa umat Islam sibuk?
Sebagaimana kamu ada hak untuk berpesta minum dan mabuk, kami juga punya hak tambahan mewaikili umat majoriti dalam negara.
Minum, mabuk dan mandi araklah tetapi jangan berpesta dan menjadikannya acara menarik pelancong dan berlebih-lebihan sehingga mencemar status negara ini yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.
DAP sedang mengasak minda rakyat dengan anutan sekularisma mereka dan sedang cuba memadamkan status Islam sebagai “Addeen”.
Umat Islam perlu sedar perkara ini dan tiada cara menangani mereka melainkan mendaftar protes kita dengan cara menolak mereka dan sekutu mereka dalam PRU akan datang.
Satu undi untuk DAP satu undi meruntuhkan Islam sebagai “Addeen”.