DAP TERUS MENYALAKAN API KEBENCIANNYA


(Roslan Sms) – Rupanya api kebencian DAP terhadap Islam tidak pernah reda malah semakin meluap-luap.

Jika sebelum ini mereka bersungguh mahu memaksa “Pesta Arak” dianjurkan di negeri Selangor walaupun telah ditolak permohonannya di Kuala Lumpur oleh DBKL, kini mereka menyerang tokoh pendakwah Islam pula.

Dalam hal “Pesta Arak” yang dimaksudkan mereka mengasak Majlis Perbandaran Kelang MPK agar meluluskan satu permohonan sehingga cuba menidakkan peranan pihak Polis dan agensi lain yang sepatutnya turut terlibat dalam meluluskan sesuatu permohobnan majlis hiburan terbuka.

Mereka mengherdik kumpulan-kumpulan Islam termasuk PAS yang membantah pesta maksiat itu akhirnya apabila pihak Polis enggan menyokong mereka terperangkap.

Hari ini dalam sebuah portal berita FMT, seorang lagi pemimpin DAP kali ini Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P.Ramasamy menuntut kerajaan Malaysia agar menangkap dan menyerahkan tokoh dakwah antarabangsa Dr Zakir Naik ke pihak berkuasa India.

Ramasamy mendakwa Dr Zakir adalah seorang pengganas dan terlibat dalam aktiviti gangsterisma di India.

Beliau menyelar pihak kerajaan Malaysia yang kononnya melindungi secara rahsia Dr Zakir dan menuntut agar tindakan tegas ekstradisi segera diambil walaupun Malaysia dan India tidak punya perjanjian ekstradisi.

Kenapa marah sangat tokoh DAP ini pada tokoh pendakwah Islam antarabangsa yang disayangi masyarakat Islam Malaysia.

Ilmu dan kepakaran Dr Zakir malah diiktiraf Yang Dipertuan Agong, apabila kerajaan Malaysia menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah 2013 kepada tokoh kelahiran India ini.

Apa masalah Ramasamy ini?

Tahun lepas masyarakat Islam bangkit protes apabila Ramasamy di dalam posting FB nya telah menggelar Dr Naik sebagai “syaitan” kononnya kerana mengadu-domba masyarakat.

Beliau selepas itu memohon maaf dan telah menurunkan posting nya itu tetapi hari ini beliau berkokok lagi dan terus menyerang tokoh berkenaan.

Semasa memohon maaf ketika menggelar Dr Zakir syaitan dahulu Ramasamy berkata beliau sesungguhnya tidak mengkritik Islam atau masyarakat Islam tetapi hanya tidak bersetuju dengan Dr Zakir.

Hari ini beliau kembali biadap dengan perangai lamanya.

Kalau pun kerajaan Malaysia ada melindungi Dr Zakir atas sebab-sebab tertentu, saya dan saya percaya jutaan umat Islam dalam negara tidak kira fahaman atau kecenderungan politik sudah pasti akan bersetuju dan tidak punya apa-apa masalah pun.

Beliau seorang tokoh dakwah Islam yang besar, yang kami hormati dan sanjungi dan diiktiraf sebagai Tokoh Maal Hijrah, apa masalah kamu?

Jangan pijak dan langgar apa sahaja isu yang melintas di hadapan anda tanpa mengira sensitivitinya semata-mata kerana mahu membangkang.

Anda mungkin tidak bersetuju dengan Dr Zakir, itu hak anda tetapi kami, majoriti rakyat Islam dalam negara ini termasuk Yang Dipertuan Agong (Agong yang lepas) dan kerajaan sayang, menghormati dan menghargai peranan dan kerja-kerja Dr. Zakir.

Kalau itu menjadi masalah buat anda, bukan Dr Zakir yang sepatutunya dihantar pulang ke India, tetapi anda.

Faham dan hormati sensitiviti pihak lain kalau anda mahu menjadi ahli politik Malaysia yang dihormati semua.

Apa lagi lepas ini DAP?

 



Comments
Loading...