SUARA ISLAM MENGATASI NAFSU SI MUNGKAR


(Roslan Sms) – Ketika ratusan ribu ahli dan penyokong PAS berkumpul di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu meraikan FASTAQIM 2.0 masuk berita yang memberi isyarat bahawa suara masyarakat sivil khususnya suara masyarakat Islam jauh lebih besar dan mengatasi dua tiga kerat suara ahli-ahli  majlis yang dilantik orang-orang politik.

Ketua Polis Kelang Utara ACP Mazelan Paijan menyatakan bahawa pihak polis tidak akan meluluskan Pesta Arak Centro German F&B Party yang dijadual diadakan di sebuah pasaraya di Kelang pada 12 dan 13 Oktober nanti.

Sebelum ini pihak Majlis Perbandaran Klang MPK dalam mesyuaratnya kononnya meluluskan bersyarat lesen pesta ini setelah undian ahli-ahli majlis DAP dan PKR mengalahkan suara kecil ahli-ahli PAS di majlis berkenaan.

EXCO PBT Teng Chang Khim malah kelihatan begitu vokal menyokong pesta ini dan kelihatan amat gembira dengan kelulusan bersyarat MPK itu. Dengan angkuh beliau turut menyelar pihak PAS yang bersungguh menentang pesta maksiat ini.

Syarat kelulusan MPK bahawa penganjur perlu memperolehi kelulusan pihak polis dan beberapa agensi lain.

Ternyata hasil dari bantahan umat Islam diterajui PAS akhirnya pihak polis bertindak bijak dengan membatalkan pesta berkenaan demi keamanan masyarakat.

Bagaimana Teng dan DAP?

Belum pun sempat mabuk “pesta” dah dibatal.

DAP jangan terlalu bongkak dengan sedikit kuasa yang ada ditangan sehingga memandang kecil suara dan kekuatan umat Islam.

Biar peristiwa ini menjadi pengajaran dan pencetus kebangkitan Tsunami Hijau yang bakal melambung dan memusnahkan meraka yang punya agenda jahat terhadap Islam.

Apabila umat Islam ISTIQAMAH dan bersatu lahirlah kesejahteraan ummah dan runtuhlah segala anasir yang mungkar dan jahat dengan izin Allah swt.

https://www.youtube.com/watch?v=iWc_Vm43yZQ

 



Comments
Loading...