KENYATAAN DATOK RAIMI BIN UNGGAI, AHLI PARLIMEN TENOM


Sebagai ahli Parlimen untuk kawasan pendalam Parlimen Tenom, Sabah, saya mengalu-alukan usaha SPRM untuk menyiasat ketirisan peruntukan infrastruktur asas untuk rakyat di Sabah.

1. Hal ini sudah lama menjadi keresahan rakyat dan telah saya kerap suarakan ke media-media perdana dan alternatif serta lain-lain platform yg ada.

2. SPRM telah menyahut kegusaran rakyat yang telah sekian lama.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya menyokong kesungguhan SPRM dalam membenteras kedurjanaan salahlaku rasuah

3. Sejak kebelakangan ini Ketua Pesuruhjaya SPRM sering menghadapi serangan bertubi-tubi dari ahli2 politik baik dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Saya tertanya kenapa mereka gusar dgn SPRM? Adakah pendekatan baru yg diambil SPRM menggugat mereka?

4. Setelah sekian lama, akhirnya kita mendapat seorang Ketua Penguatkuasa yang benar-benar bertekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya tanpa mengira bangsa atau parti politik.

5. Jelas kali, SPRM sedang merealisasikan tujuan sebenar mereka ditubuhkan dgn sepenuhnya.

Pendekatan yg agresif dan lain daripada lain yang telah diambil oleh KP setakat ini telah membuka mata kita semua.

Bukankah ini yg kita hendak selama ini daripada sebuah agensi kerajaan?

6. Saya amat bersyukur SPRM telah menunjukkan keberanian untuk betul2 mengambil berat mengenai rasuah dan kesan negatifnya terhadap negara.

Jika tidak terbantut oleh gejala rasuah  Malaysia sepatutnya berupaya menjadi setaraf dengan negara-negara seperti Jepun, Korea dan lain2.

7. Ada kalangan mereka2 yang dipertanggung- jawabkan utk berkhidmat untuk rakyat dan negara menjadi gelap mata dan akhirnya telah mengkayakan dompet mereka sendiri.

8. Kita sepatutnya menyokong usaha SPRM dan bukan mengecam mereka.

Pembangkang hanya minat satu isu yg telah dijawab dan dijelaskan berkali tetapi diulang soalan-soalan sama untuk diulang tayang tidak henti2.

Namun begitu, tindakan2 lain yg dilaksanakan oleh SPRM seperti tidak bermakna kpd mereka. Mereka hanya memilih dan menumpukan kepada hal yang boleh dipolitikkan dan membantu agenda politik diri mereka sahaja.

9. Manakala itu, ada pula ahli2 politik lain mengecam SPRM seolah-olah SPRM adalah musuh negara?

Mungkinkah mereka sendiri byk perkara yg mereka tidak mahu terbongkar?

Mungkinkah mereka merasakan terlalu berkuasa sehingga tidak ada orang yg boleh mempersoalkan sebarang salah laku mereka?

10. Sebagai wakil rakyat,  kita dilantik utk memberi terbaik kpd mereka bukan utk memerintah rakyat.

11. Saya menyokong pendekatan SPRM pada masakini yg telah menunjukkan mereka ambil berat terhadap apa yg berlaku di Sabah.

Mereka mahu membersihkan negeri saya dari orang2 yg sepatutnya membantu Sabah tetapi sebaliknya mencuri dari rakyat Sabah.

SPRM telah mengambil berat utk bertindak terhadap mereka yg telah menzalimi rakyat.

Saya mengecam mereka yg mengecam SPRM. Mereka ni hanya pentingkan diri sendiri.

12. Saya harap SPRM akan terus bergerak tegas supaya negeri Sabah dan seterusnya Malaysia dibersihkan dari rasuah.

13. Saya berbangga dengan SPRM yang sedia bertindak dan tidak hanya bercakap.

Seeloknya masing2 yg diberi tanggungjawab kurang bercakap dan tumpuan lebih kepada keadaan kawasan dan penduduk mereka dan bukan suka sangat masuk media dan bercakap sahaja.

Mereka sepatutnya betul2 memekirkan mengenai untung nasib rakyat.

Datok Raimi bin Unggai
AHLI PARLIMEN TENOM, SABAH

 



Comments
Loading...