POLITIKUS DAN ISU ARAK

DARI SUDUT LAIN

Walaupun DBKL mengambil keputusan mengharamkan program arak Better Beer Festival 2017 dari diadakan di Kuala Lumpur, namun masih banyak pihak yang masih memainkan isu ini. Pelbagai tohmahan dilemparkan kepada DBKL seperti polis moral, menunjuk Islamik, macai politik dan sebagainya. Bagi mereka, pengharaman DBKL menunjukkan Malaysia sebuah negara yang tertutup dan mundur.

Namun tanpa disedari, sebenarnya pengharaman pesta arak bukan sahaja dilakukan di Malaysia. Pada tahun lepas, sebuah pesta arak Oktoberfest tidak diberikan permit oleh Pihak Berkuasa Bandaraya Glasgow, Scotland. Tiada pula yang menempelak negara tersebut sebagai tertutup dan terlalu Islamik. Bahkan seluruh dunia mengetahui Scotland sebagai salah sebuah neara Eropah yang maju di dunia.

http://www.bbc.com/news/uk-scotland-glasgow-west-37550619

Apabila isu ini menjadi besar, sudah tentu parti-parti politik tidak akan melepaskan peluang dari memberikan respon. Antara yang menyokong tindakan DBKL adalah daripada parti Umno. PAS dari awal lagi membantah sebelum daripada DBKL membuat keputusan. Selain itu, MCA turut menyokong keputusan tersebut.

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/3085-pas-serah-memo-bantah-pesta-arak

http://www.agendadaily.com/Analisa/pesta-arak-pemuda-umno-sokong-keputusan-dbkl.html

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/dap-beri-gambaran-salah-mca-akur-dbkl-tolak-pesta-arak

PAN pada awalnya membisu sahaja ketika umat Islam menuntut program ini dibatalkan. Bahkan pemimpin mereka Dr Mariah Mahmud mempertikaikan pula pihak yang membantah menerusi akaun laman sosialnya. Sebelum itu, beliau turut membantah kenaikan cukai arak kerana akan membebankan pemabuk. Tetapi sebaik sahaja ia diharamkan, barulah mereka bersuara kononnya menentang. Ironinya, pemimpin mereka Khalid Samad sebelum ini menyokong penganjuran Oktoberfest diadakan.

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/

http://www.malaysiandigest.com/news/522820-is-oktoberfest-only-an-issue-in-selangor-khalid-samad.html

Yang jelas dan konsisten menentang DBKL adalah pihak DAP. Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan oleh wakil rakyat DAP serta seorang wakil rakyat PKR Kuala Lumpur, mereka membidas DBKL sebagai berlagak jaguh agama, tunduk kepada permainan politik serta tidak mempedulikan semangat muhibbah antara kaum. Kenyataan ini ditandatangani oleh Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), Datuk Dr Tan Kee Kong (Wangsa Maju) dan Lim Lip Eng (Segambut).

http://m.utusan.com.my/berita/politik/dap-minta-dbkl-kaji-penolakan-penganjuran-better-beer-festival-2017-1.527895

Seorang lagi pemimpin DAP yang merupakan ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula menawarkan Selangor untuk menjadi tuan rumah jika DBKL bertegas dengan keputusannya.

https://www.youtube.com/watch?v=mmOdATaRFpM

Dalam hal ini, selain dari kenyataan bersama yang dikeluarkan ahli parlimen Kuala Lumpur, PKR pula dilihat cuba mendiamkan diri dan seolah-olah bermain tarik tali. Menteri Besar Selangor Azmin Ali apabila ditanya beliau cuma menyatakan sedia mempertimbangkan jika permohonan mengadakan pesta arak di negeri itu dihantar, tanpa menyebutkan samada setuju ataupun tidak. Beliau hanya menyatakan bahawa “kita bukan sahaja perlu menghormati hak kaum dan agama yang lain tetapi sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab bukan sahaja kita hormat tetapi kita kena menjamin dan memelihara hak kaum dan agama yang lain, itu dasar kerajaan negeri“

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/24/pesta-arak-hormati-pendirian-kerajaan-negeri-selangor-kata-azmin/

Walaupun akhirnya PAN mengambil keputusan untuk menentang penganjuran pesta arak, tetapi mereka langsung tidak mengkritik sikap DAP yang lantang menyokong pesta itu. Seolah-olah mereka hanya mampu untuk berkata-kata, tetapi tidak mampu untuk menegur apatah lagi menghalang DAP daripada melakukan sewenang-wenangnya. Perkara ini amatlah bahaya jika PH memerintah Malaysia, kerana DAP merupakan parti terkuat di dalam pakatan tersebut. Tanpa ada sesiapa yang berani menegur, maka benarlah apa yang disebutkan oleh Ketua Pemuda PAS, undi PH bermakna undi DAP.

Comments
Loading...