BN Semakin Popular Di Media Sosial, Pembangkang Semakin Ketinggalan
(Bintangku) – Inilah realitinya, Barisan Nasional sudah mendahului pakatan pembangkang dalam media sosial. Bulan Februari lepas lagi, Lim Kit Siang sudah mengakui bahawa tentera media sosial pembangkang yang dikenali sebagai “Red Bean Army” sudah pun berkubur.
Menurut kajian terbaru Politweet, 5.8 juta pengguna media sosial Facebook (FB) berumur 21 tahun ke atas semakin berminat kepada Barisan Nasional (BN) berbanding hanya 3.1 juta yang berminat dengan Pakatan Harapan. Politweet adalah sebuah firma penyelidikan yang membuat kajian mengenai media sosial di Malaysia.
Menurut kajian yang dilakukan Politweet pada Julai 2017, 51.6% atau 3.3 juta pengguna Facebook berumur 21 tahun adalah peminat eksklusif kepada BN berbanding hanya 9.4% atau 600,000 yang dikenalpasti sebagai peminat eksklusif Pakatan Pembangkang manakala 39.1% atau 2.5 juta meminati kedua-duanya.
Bukan itu sahaja, menurut kajian bebas itu turut mengesan kecenderungan pengundi muda di Malaysia sekarang ini lebih minat kepada UMNO dengan jumlah sebanyak 4.4 juta orang (68.8%), PKR 1.8 juta (28.1%), DAP 1.3 juta (20.3%), PAS 950,000 (14.8%), MCA 740,000 (11.6%), Gerakan 150,000 (2.34%) dan MIC 81,000 (1.3%).
Mengikut data daripada SPR mengikut suku tahun 2/2016, jumlah pengundi muda yang dijangkakan mengundi pada PRU14 adalah sejumlah 5.1 juta orang. Pengundi muda berusia antara 21-29 tahun mencecah 1.9 juta pengundi. Mereka yang berumur 30-39 tahun pula sebanyak 3.2 juta orang.