Jumlah hadir rendah, Mat Sabu kata belia lebih gemar perarakan
(FMT) – Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan kehadiran yang rendah pada perhimpunan antikleptokrasi di sini semalam disebabkan kurangnya penyertaan daripada kalangan belia yang lebih gemar perarakan, bukannya ceramah semata-mata.
“Belia tidak suka perhimpunan seperti ini yang menyaksikan siri ceramah. Mereka lebih suka berarak di jalan,” kata beliau.
Bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah ini, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, diminta mengulas mengenai jumlah peserta pada perhimpunan “Love Malaysia, End Kleptocracy”.
Pakatan Harapan (PH) meletakkan sasaran menghimpunkan 100,000 orang di Padang Timur. Bagaimanapun, menurut mereka, program itu hanya menarik kira-kira 25,000 walaupun polis meletakkan angka sekitar 4,000.
Perarakan jalanan masa-masa lalu, seperti yang dianjurkan oleh Bersih 2.0, sebuah kumpulan reformasi pilihan raya, berlangsung di Dataran Merdeka, yang terletak di tengah ibu kota.
Tetapi Mohamad berkata beliau gembira walaupun jumlah yang hadir adalah rendah.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan mengadakan perhimpunan yang sama sebelum pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata bedah siasat berhubung perhimpunan akan dijalankan untuk menentukan bilangan sebenar yang hadir.
Ketua menteri Pulau Pinang juga memuji kejayaan program walaupun polis tidak memberi lampu hijau untuk menganjurkannya.